[SNEAK PEEK] CINTA KE-2

Cinta Ke-2 Oleh Zihasra Aziz

“Rul…kau pergi ambil buluh itu cepat.” Arah Zareef.

Shahrul segera mengambilnya.

“Reef…aku rasa buluh ini sesuai untuk selamatkan dia. Agak besar dan panjang.”

Shahrul segera membawa buluh itu ke arah temannya. Zareef segera menghulurkan buluh itu manakala Sheila pula memanggil Erin Natasha supaya berpegang pada buluh. Erin Natasha tidak mensia-siakan peluang itu. Dengan beristighfar beberapa kali dan membaca ayat Kursi, Erin Natasha segera berpaut manakala Sheila dan Shahrul segera menarik buluh itu. Sheila mengeluh lega.

“Alhamdulillah Erin…akhirnya kau selamat.”

Mereka berdua berpelukan erat dan menangis teresak-esak.

“Lain kali berhati-hatilah saudari. Jangan tahu meredah saja kalau tidak ada kemahiran berenang,” luah Zareef tanpa berfikir panjang. Shahrul juga terkedu dengan kata-kata rakan baiknya itu.

Hati Erin Natasha pedih mendengar kata-kata yang lahir dari mulut orang yang telah menolongnya. Dia segera berpaling dan dia terkejut apabila terpandang raut wajah itu. Kalau tidak silap dirinya itulah orang yang pernah ditemuinya di pusat karaoke tempoh hari. Belum pun sempat Erin Natasha menghamburkan kata-kata, Sheila terlebih dahulu menyampuk.

“Ya ALLAH, macam mana saya boleh lupa. Awak Shahrul kan dan awak Zareef. Kita pernah bertemu, kan? Tapi di mana ya?” Wajah Sheila tiba-tiba ceria dan dia tidak menyangka dapat berjumpa lagi dengan Shahrul.

“Ya, kita pernah berjumpa di pusat karaoke tempoh hari. Awak Sheila, kan?” Shahrul juga tidak melepaskan peluang yang terbentang di hadapan matanya.

“Yalah, saya Sheila.” Tegas Sheila. Dia ketawa mengekek.

“Maaflah, saya tak perasan tadi. Maklumlah perasaan tengah cemas.”

Sheila mengesat matanya yang berair akibat terlalu banyak ketawa. Mereka berempat segera naik ke tebing untuk menukar pakaian masing-masing.

“Erin, kau jangan ambil hati dengan kata-kata Zareef tadi tu. Nasib baiklah mereka berdua ada. Kalau tidak, aku tak tahulah apa yang akan terjadi pada kau. Kau tahu Erin, dah puas aku menjerit tapi tak ada siapa yang mendengarnya. Aku hampir berputus asa. Tapi takdir TUHAN tiada siapa yang tahu. Rupanya ada hikmah di sebalik kejadian ini. Hi… gembira hati aku Erin bila dapat bertemu semula dengan Shahrul. Jantung aku hampir berhenti bila memandang matanya yang sudah tidak henti-henti merenung aku. Hai… senangnya dalam hati.”

“Macam mana jantung kau tak mahu berhenti kalau hari-hari asyik meratah ayam goreng yang banyak minyak tu. Agaknya tadi kau kena strok tak?” acah Erin Natasha setelah pulih dari kejutan.

“Sampai hati kau Erin. Kalau nak bergurau sekalipun janganlah dibawa bab penyakit. Kecil hati aku. Jantung dan semua organ dalam badan aku bebas dari penyakit tahu tak?” jengil Sheila.

“Konon…kecik hati aku kau tak pernah nak ambil kira pun. Kita dah macam setengah nak mati hari ni, dia bukan main seronok pulak dapat berjumpa dengan mamat tu!” Jeling Erin Natasha tajam.

“Alah, kalau kau kecil hati sekalipun apa susahnya. Suruhlah Si Zareef tolong tengokkan. Manalah tahu takut-takut melekat.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351828

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *