[SNEAK PEEK] BILA HATI DAH SUKA

Bila Hati Dah Suka Oleh Cahaya Izzati

Puan Hayati mencebik melihat reaksi suaminya itu.

“Sabarlah dulu, mama. Rifdi tak puas lagi hidup membujang,” balas Rifdi Riyadh, selamba.

“Banyaklah kamu punya puas. Kamu tahu tak, hidup lepas kahwin ni lagi seronok daripada hidup bujang. Kalau tak percaya, tanya papa kamu,” ujar Puan Hayati.

Rifdi Riyadh mengerling papanya sambil mengangkat kening.

“Hmm… seronok sangat,” balas Encik Mukhriz, kedengaran sinis.

“Amboi bang, lain macam aje bunyinya?” ujar Puan Hayati.

“Eh, taklah! Kalau dapat bini macam awak, memang seronok. Tak bosan duduk kat rumah. Dari pagi sampai malam, tak pernah sunyi,” jawab Encik Mukhriz, sengaja bergurau sambil menyindir isterinya yang suka berleter.

“Tapi, kalau Rifdi dapat yang tak banyak cakap, nanti dia bosan pulak. Biarlah dia pilih elok-elok dulu sebelum kahwin,” sambung Encik Mukhriz.

“Hisy, abang ni! Saja nak sindir saya tau. Dahlah! Malas nak cakap dengan abang. Saya nak cakap dengan Rifdi aje,” ujar Puan Hayati.

Rifdi Riyadh ketawa kecil melihat perbalahan kecil di antara mama dan papanya.

“Mama serius tau, Rifdi. Mama nak Rifdi bawa balik seorang calon menantu untuk jumpa mama tahun ni jugak. Mama tak kira!” putus Puan Hayati.

Rifdi Riyadh terpaku mendengarkan kata-kata tegas mamanya itu.

“Mama ni biar betul? Kalau tahun ni, memang tak adalah. Ni dah bulan berapa? Mengarut ajelah mama ni,” ujar Rifdi Riyadh, tidak puas hati.

“Mama tak mengarut! Mama serius. Kalau mama ikutkan sangat perangai sambil lewa kamu tu, entah bilalah kamu nak serius dalam hal ni,” tegas Puan Hayati.

Nampaknya, dia sudah nekad.

“Sekarang dah bulan Julai. Rifdi ada lagi beberapa bulan untuk cari calon isteri,” sambung Puan Hayati.

Rifdi Riyadh terdiam.

“Lima bulan aje, mama. Mana cukup? Mama ingat, cari bini ni macam cari ikan kat pasar ke?” ujar Rifdi Riyadh, enggan mengalah.

“Papa, cakaplah sesuatu,” pinta Rifdi Riyadh, cuba memancing Encik Mukhriz untuk menyokongnya.

“Hmm…” Encik Mukhriz diam sambil memikirkan sesuatu.

“Rifdi…” Dalam suara lelaki separuh abad itu menyebut nama anak sulungnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351826