[SNEAK PEEK] AKU YANG TERAKHIR

Aku Yang Terakhir Oleh Ara Aryna

SEORANG lelaki berkaca mata hitam Rayban berjalan sambil menarik bagasi keluar dari pintu utama KLIA.
Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk. Spek mata hitamnya dibuka. “Malaysia, I’m back!” desisnya perlahan.
iPhone ditarik keluar dari belakang poket seluar jean. Baru sahaja dia berkira-kira mahu menelefon seseorang, sebuah kereta BMW 3 series berhenti di hadapannya.

Senyuman manis meniti di bibir lelaki itu. Spek dipakai semula. Seorang pemandu keluar lalu menghampirinya.

“Pak Mat,” tegur lelaki itu mesra.

Pemandu yang digelar Pak Mat itu memasukkan bagasi ke dalam boot kereta sementara lelaki itu pula memboloskan diri ke dalam kenderaan tersebut.

“Maaf, sayang. Jalan jem tadi.” Puan Sri Khalida yang berada di dalam kereta memulakan bicara.
Tangan wanita yang masih cantik itu disalam penuh hormat. “Tak apa, umi. Faiq baru sampai. Faiq ada benda nak bagitahu umi dengan abang ni,” jelasnya dengan nada teruja.

“Nanti kita bincang kat rumah, ya. Umi dah suruh pembantu rumah masakkan makanan kegemaran Faiq,” balas Puan Sri Khalida.
Kereta meluncur laju meninggalkan lapangan terbang.

AMAR gembira dengan kepulangan adik angkatnya, Faiq yang baru sahaja pulang dari United Kingdom.
4 tahun adiknya itu berada di sana kerana menyambung pelajaran.
Malam itu, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu memandangkan Faiq mahu memberitahu satu perkara penting.

“Hal apa yang Faiq nak beritahu kami?” Puan Sri Khalida bertanya. Matanya memandang ke arah Faiq.
Amar juga membuang pandang ke arah Faiq.

“Faiq ingat nak bertunang sebulan dari sekarang,” beritahu Faiq dengan senyuman.

“Faiq nak bertunang dengan siapa? Dah lama ke kenal budak tu?” Gembira sahaja Puan Sri Khalida bertanya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/347149

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *