[ SNEAK PEEK ] 13 ROS MERAH

EBUKU 13 ROS MERAH OLEH APRIL SNOW

EBUKU 13 ROS MERAH OLEH APRIL SNOW

 

“SAYANGGGGG…” Muncung Mimi sudah sedepa. Kalah muncung memerang.

Rengekan manja dengan suara yang mendayu memenuhi ruang bilik yang luas. Mimik muka yang sengaja dilukis untuk meraih simpati dilemparkan ke arah lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad kelas satu yang didiaminya usai keluar dari dewan pembedahan beberapa jam tadi. Tangan yang dihulur Mimi disambut Iqram. Digenggam kemas. Dielus lembut. Senyum manis ditabir.

“Sayanggggg… you pergi mana ni. I tunggu tau! Sampai hati buat I macam ni. Kata nak datang before I masuk OT (operation theatre). Kata nak teman I… tunggu I till I keluar dari OT. Tapi…” Mimi pamer cebikan manja. Sengaja.

“Sayang tak datang pun tau. Sedih I. Sedih sangat-sangat. I sorang-sorang je pagi tadi. Tak ada siapa pun teman I.” Iqram tarik kerusi di tepi katil Mimi lalu dilabuhkan duduk. Mata jatuh pada pergelangan tangan buah hatinya yang berbalut. Sepasang mata coklatnya merenung jauh ke dalam kolam mata Mimi yang galak namun sedikit pudar sinarnya.

“Sayang… you pergi mana? Kenapa tak datang before I masuk OT tadi? Dahlah I sorang-sorang kat sini. You pun tau kan sayang, I ni kan public figure. I tak mahulah berita I masuk hospital ni tersebar kat majalah, surat khabar. I rimas la sayang. I need a privacy in my life too. I cuma harapkan you je ada kat sisi I. Sampai hati sayang buat I macam ni.” Mimi terus pamer reaksi cengeng. Rengek suara manjanya memenuhi ruang.

Iqram hembus nafas tenang. Tangan kirinya mengelus pelipis. Entah bagaimana mahu dijelaskan kepada buah hatinya ini. Mimi cebik bibir melihat reaksi Iqram yang dirasakan seperti tidak peduli.

‘Entah ke kelab mana agaknya dia bersarang dengan kawan-kawan miang dia malam tadi ni. Entah dengan betina mana pulak agaknya dia berpelesiran. Entah entah sampai ke bilik tidur diulit betina gatal mana agaknya. Poket tebal, semua betina nak himpit… nak meleser. Tu yang terlambat bangun, kan Iqram. Eei, geramnya aku.’ Mimi ketap bibir dalam diam.

‘Well Iqram Faysal, this is Mimi okey. You can’t ran away from me just like that. I’m not like your others bimbo. You’re sooo wrong my dear sweetheart. Mimi is good too in this games.’ Mimi senyum dalam hati. Wajah kacak yang dihiasi sepasang bebola mata coklat muda itu ditatap.

‘Okay, Iq… you wanna play the games. So, let us play the games, sweetheart.’ Ditarik nafas yang terisi sendu. Bibir dikemam. Hujung jari dibawa ke kelopak mata yang sudah basah. ‘Jom kita mulakan drama, Mimi. Kau kan pelakon handalan!’

Ada esak halus yang terdesir lalu singgah di telinga Iqram. Tangan Iqram garu kepala yang tak gatal.

‘Aduh, parah ni! Dah buat drama lagi dia. Ni yang lemah ni. Alah Iq, macam tak biasa. Mimi Ain Syafina kan drama queen. Aktres handalan ni kan buah hati pilihan kau daripada koleksi perempuan-perempuan yang kau ada selama ni.’

Iqram mengeratkan genggaman tangan Mimi. Dielus jari-jemari runcing Mimi. Dibawa ke bibir. Dikucup lagi. Lama. Dibawa mata menghala ke wajah pucat Mimi. Tapak tangan dihala ke pipi licin gebu itu. Dielus perlahan-lahan.

“I’m so sorry baby. I’m so… so… sorry. I tau I salah. I met with an accident masa drive ke sini pagi tadi.” coverlah dengan Mimi, Iqram. Jangan kau kantoi sudah. Accidentlah sangat, kan. Kau ke atau si pipi merah tu yang accident. Boleh tak jangan buat lawak. Muka kau tak ada ciri-ciri orang baru lepas accident la Iq. Free je karang kau kena sembur dengan Mimi. Iqram senyum dalam hati.

Si pipi merah… Mengingatkan gadis itu, Iqram rasa mahu ketawa. Sungguh! Gadis yang ditemui pagi tadi membuatkan dirinya rasa teruja. Teruja untuk mengenali si pemilik nama Damia Humaira itu. Tak apa, rumah gadis itu dia dah tau kat mana, kan. Senyumnya dalam hati makin luas macam padang ragut.

“LU NAK hantar gua balik rumah gua?”

“Yeah. Any problem with that, dear?” Iqram angkat kening.

Damia balas angkat kening. Dear? Ni apa kes buat aksi macam romeo tak cukup syarat.

“Lu jangan buat lawak boleh tak, bro. Telinga gua rasa geli aar. Lu, ada kapas tak? Gua nak korek telinga gua ni kejap. Dan satu lagi tolong ek, jangan nak pamer muka aksi romeo tak cukup syarat tu. Muntah gua tengok.” Damia selamba gosok cuping telinganya kuat-kuat di depan Iqram tanpa langsung segan silu.

Iqram gagal sembunyi senyum dengan telatah spontan Damia. Memang tak cover betul cik pipi merah ni.
Mata Damia bertembung dengan pandangan bebola mata Iqram yang sedang tersenyum. Terjeda seketika mata Damia. Tidak berkelip.

‘Walla Pot, apa kes gua tak perasan daripada tadi ni. Bingka ubi hangus ni mata dia coklat wooo. Perrghhh beb. Seksi tahap maut! Lu kalau tengok ni gerenti lu pengsan tujuh pusingan, Pot.’

“Dah puas belek muka saya, hmmm.”

Iqram terus tabur senyum lagi ke wajah yang terhias sepasang pipi nan merah di depannya ini. Damia lontar deheman. Iqram senyum.

“Apa barang gua nak belek muka lu pulak. Ingat lu handsome maut ke. Huh! Jangan nak perasan lebih la. Gua bukan kaki skodeng muka orang ek.” Damia cebik tapi dalam hati dah laju jawab lain.

‘Memang pun lu handsome giler sebenarnya. Lagi-lagi mata coklat lu tu, bro. Walla hai, seksi giler berganda-ganda woo!’

Iqram terus tabur senyum.

“I knew my look always enchanted lady ebebs.”

“Enchanted? Apasal gua rasa tekak gua kembang aar. Lu tahu tak sebab apa, bro? Macam nak muntah hijau biru aar, bro.”

Iqram sembunyi senyum lagi. ‘Dia ni, isy memang tak cover sungguh kalau mengutuk. But I like her. Gosh! what happened to you, Iqram Faysal?’

“Just admit it Miss Damia.”

Dan si pipi merah di depannya ini dilihat membuat aksi mencekik leher dengan mata digulung ke langit kereta. Pecah ketawa Iqram. Gagal ditahan.

“Lu ingat muka lu giler gempak la sangat. Ek eleh. Lu tau tak bingka ubi hangus rupa dia macam mana?”

“What did you call me?”

“Tu kembar lu la tu. Baik lu perati betul-betul. Memang seiras lu, bro.”

Bingka ubi hangus? Iqram senyum terus bila teringatkan kata-kata spontan dan tak berpolisi insurans si pipi merah tadi. Muka Iqram yang gila punya handsome ini dia kata macam bingka ubi hangus. Too much haa Damia. Iqram geleng kepala dengan senyum yang kian lebar.

“I tengah sakit-sakit ni pun, you masih boleh senyum-senyum, kan. You sebenarnya tipu I kan, sayang? You sebenarnya tak accident, kan? You sengaja je buat alasan supaya tak perlu datang teman I tadi. Betul, kan?” Tangan Iqram yang singgah dipipinya di tepis. Dilontar wajah ke arah lain seketika.

“Baby… I… ”

“Tengok diri you. Cuba you tengok diri you betul-betul.” Mimi hala semula mata menjalar ke seluruh wajah dan tubuh Iqram sebelum dihala tatapan ke wajah kacak lelaki yang duduk rapat di sisinya.

“Tak macam orang lepas accident je. Sayang… baik you cakap terus terang dengan I. You pergi mana sebenarnya ni? You baru balik dari rumah girl yang tidur dengan you semalam, kan. Lambat bangun, kan. Right?” Mimi ketap bibir.

“I tak suka you tipu I. I sakit-sakit pun, you nak main-mainkan perasaan I. Tak baik tau you buat I macam ni. I tak pernah pun tipu you selama kita couple ni. Tak pernah, kan?”

Iqram hempas nafas. Tangan menggosok tengkuk. ‘Girl mana la pulak. Aduh, macam mana nak cakap lagi ni…’
Tangan Mimi yang masih dalam genggaman dielus lembut.

“Baby, I tak tipu you. Betul. Sumpah. Memang I accident. I langgar orang tua naik basikal. Kesian dia. Jatuh masuk dalam lopak lumpur. Habis basah baju dia. I tolonglah hantar dia ke hospital dulu.” Iqram pamer wajah rusuh… wajah muram tapi dalam hati Iqram dah pecah ketawa. Berderai memenuhi segenap ruang hati.

‘Sorrylah baby. I bukan sengaja nak tipu you. I terpaksa. Tapi betul I accident, baby… cuma bukan dengan orang tua. I accident dengan si pipi merah. Si pipi merah yang garang kalah naga tapi muka cantik giler tak tau nak kata!’

Mata Mimi bulat. Sengaja. Tangannya yang masih dalam genggaman Iqram dipaut erat. Dibawa ke dada. Ditekan. Mata dijunamkan ke wajah Iqram yang jelas risau. Hatinya sinis tersenyum.

‘Jangan nak kelentong aku beb Iqram. Bila aku tahu cerita yang sebenar nanti, jagalah kau Iqram Faysal. Kau ingat kau boleh hide daripada aku betina tu, kau silap Iqram. Well, kau jangan fikir kau hebat beb Iqram. Kau lupa ke aku ni siapa. Ni Mimi Ain Syafina la. Aktres terbaik festival filem. Aktres popular Malaysia okey.’

Mimi pura-pura pamer mimik gusar… mimik risau yang teramat. Kepala Iqram diusap penuh prihatin. Tangan itu kemudian dicapai oleh Iqram lalu digenggam erat.

“Then… orang tua tu… orang tua tu macam mana, sayang. Cedera? Mati? Sayang… you jangan takutkan I. I… I tak nak you kena tangkap nanti. Tak nak.” Mimi laju geleng kepala. Air matanya sudah laju merembes keluar dari tebing kolam mata.

Iqram tahan ketawa yang sudah berderai di dalam.

‘Iq, kau memanglah pandai ayat perempuan, kan. Kau tengok aktres handalan pun boleh jatuh nangis dengan cerita wayang kulit kau.’

“Sayang, I tak nak apa-apa jadi kat you. I sayang you. I cintakan you.You know how much I love you. You’re my everything, Iq.”

Iqram angguk kepala. Senyum. Tangan Mimi yang berada dalam genggaman dikucup lagi sebelum digenggam kembali. Dielus-elus lembut.

“Sebab tu I lambat datang. I settlekan hal tu. Nasib baik orang tua tu tak ada apa-apa. I hantarkan orang tua tu ke klinik. Lepas tu I hantar dia balik. Then I rush datang sini jumpa you, baby. Kalau I tak sayang you, I tak terkejar-kejar pagi tadi sampai I accident. I love you as much as you love me. Trust me baby. Trust me.”

Mimi dilihat mengurut dada. Senyum manis diukir. Berbalas senyum dengan senyuman manis Iqram.

‘Nasib baik. Kalau tidak, habislah saham aku. Status dan imej aku ni sebagai aktres popular dan terkenal haruslah tercemar nanti. Paparazi-paparazi yang laparkan gosip terbaru aku tu pulak dapat spot gambar aku dengan Iqram kat balai polis. Harus keluar paper dan majalah nanti. Eeei, tak mahulah aku. Tak kuasa! Tapi, kalau tak pergi nanti dia ingat aku tak care pulak, kan. Aku kan kekasih dia. Habislah peluang aku nak jadi calon wife dia. Huh, menyusahkan betullah Iqram ni. Kalau tak pasal kau ni anak keluarga kaya-raya, anak tokoh korporat pemilik konglomerat automobil terkenal, harus je aku tak layan kau dari mula kau nak pikat aku.

 

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/55969/13-ros-merah