Sejenak Bersama JAck S Adli

Hai semua. Entri kali ini, admin berjaya menemu bual salah seorang penulis yang sedang mengukir namanya dalam industri penulisan bagi kategori travel guide. Beliau ialah JAck S Adli, penulis buku Road To Japan. Anda nak kenal lebih lanjut mengenai beliau? Teruskan membaca entri ini.

Saya berasal Dari Kota Bharu Kelantan, Nama JAck S adli adalah gabungan nama samaran dan nama sebenar saya. Saya telah menjelajah ke banyak negara sama ada untuk tujuan bekerja atau mengembara, tetapi negara Jepun adalah sebuah negara yang telah membuatkan saya tertarik untuk datang dan datang lagi. Ini kerana saya paling tertarik dengan keindahan, kecanggihan, kesopanan dan disiplin penduduknya, kerana kecintaan saya terhadap negara ini, saya telah menjelajah hampir ke seluruh pelusuk Jepun sehingga ke ceruk kampung. Saya juga merupakan pemilik halaman FB ROAD TO JAPAN yang mempunyai 105k pengikut. Halaman itu diwujudkan untuk berkongsi maklumat bagi memudahkan perjalanan mereka yang ingin ke sana dan perkongsian yang dilakukan di dalam halaman FB tersebut adalah secara percuma.

Saya tidak pernah menunjukkan wajah saya di media sosial atau di mana-mana walaupun di buku saya sendiri, setiap kali jika gambar saya di muatnaik di mana mana media sosial, wajah saya akan ditutup. Saya lebih suka orang mengenali saya dengan  nama dan membaca penulisan saya daripada mengenali wajah saya.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk JAck menulis?

Saya menerbitkan buku ini (Edisi 1) di atas dasar ingin membantu mereka (selain Halaman FB Road To Japan) yang ingin membuat perjalanan ke Jepun, ini kerana selepas tahun 2013 kemasukan rakyat Malaysia semakin bertambah semenjak kerajaan Jepun memperkenalkan “Visa On Arrival’ (VOA) yang  di berikan secara percuma semasa ketibaan di sana.  Namun begitu, rujukan ke sana masih tidak banyak dan menyeluruh sama ada secara di atas talian atau cetakan dan dari situ saya sedar ramai memerlukan buku seperti ini untuk di jadikan bahan rujukan.

2. Apa makanan kegemaran anda?

Yong tau foo.

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

4. Apakah novel kegemaran JAck? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Tiada dan saya tidak pernah membaca novel. Saya lebih gemar membaca buku buku motivasi.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Kehidupan saya yang sentiasa berada di luar negara menyebabkan sukar untuk memiliki haiwan peliharaan.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

BHUTAN – Sebuah Negara Timur Himalaya, negara yang kecil di antara negara China dan negara India , saya ingin ke sini untuk melihat sendiri dan menerokai negara yang di gelar sebagai negara yang paling gembira di dunia, saya juga ingin merasai sendiri kehebatan negara yang kemasukan pelancong yang terkawal serta keindahan alam sekitarnya.

7. Apakah JAck merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Saya sedang berusaha meneruskan kesinambungan buku Road to Japan. Buat masa sekarang saya sedang mengumpulkan bahan untuk menghasilkan sebuah buku bagi membantu perjalanan mereka yang ingin menerokai Hokkaido dan Tohoku, salah satu daerah di Jepun.

8. Apakah pesanan JAck kepada pembaca di luar?   

Bagi mereka yang merancang perjalanan ke Jepun buat pertama kali , buku ini wajib anda miliki sebagai panduan sebelum atau semasa di sana.

9. Pada pandangan JAck apa istimewanya novel JAck S berbanding novel lain di pasaran?

Buku Road To Japan tidak menceritakan pengalaman pengembaraan saya di Jepun tetapi  buku ini  menerangkan bagaimana cara untuk anda ke Jepun.

10. Dari mana JAck S selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Setiap perjalanan saya di Jepun saya akan catatkan setiap apa yang saya lakukan, terutama jika saya ke tempat tempat yang belum pernah saya jejaki. Dari catatan ini saya kumpulkan untuk di bukukan sebagai rujukan untuk orang lain.

11. Apa rutin harian JAck S? Ada yang rare tak?

Jika saya berada di Malaysia setiap hari saya akan ke gym, selain daripada itu, scuba diving adalah aktiviti kegemaran saya di hujung minggu.

12. Describe diri JAck S dalam 3 patah perkataan?

Merendah diri, pemurah dan penyabar.

13. Apa nasihat JAck S kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya sebenarnya penulis baru dan tidak pernah bermimpi untuk penulis dan menerbitkan buku (Edisi 1 di terbitkan oleh saya sendiri) dan sebagai penulis baru, saya perlu lebih banyak membaca karya orang lain  untuk menambah pengetahuan dan  untuk memperbaiki mutu penulisan akan datang.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang JAck kuasai?

Tiada.     

Boleh follow page JAck S Adli di FB – Road to Japan 

https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/
https://www.thevocket.com/hotel-bajet-di-jepun/

https://www.thevocket.com/5-pass-pengangkutan-awam-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-travel-ke-osaka-jepun/
https://amazingnara.com/6-tip-yang-aku-guna-untuk-cari-souvenir-bajet-dan-percuma-bila-travel-di-jepun/
https://www.his.com.my/road-to-japan/
https://www.goodreads.com/book/show/37878751-road-to-japan-jack-s-adli

Kami berharap agar encik JAck S Adli akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarik dan bermutu. Jika anda berminat dengan tulisan beliau, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya.

Karya terbaru JAck S Adli boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203494/Road-To-Japan-DIY-Travel-Ke-Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *