[REVIEW] Uda & Dara


Uda & Dara oleh Aisya Sofea

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. “Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Novel uda dan dara merupakan novel melayu yang banyak unsur keagamaan dan gaya penulisan yan menarik. Bertempiaran senyuman ketika membacanya. Tidak kurang juga terhambur air mata menjiwai kesedihannya. Penceritaan yang kemas dan padat. Plot yang kuat. Satu demi satu permainan perasaan wujud. Seperti menyaksikan lamunan cinta yang berganda-ganda indahnya. Kerana desakan Izzat Hilman mereka menjalin hubungan tetapi Siti Mariam sudah meletakkan syarat bahawa perhubungan itu hanya sementara. Rasa tidak logik pula bila ada istilah bercinta tetapi bersedia untuk berpisah. Tetapi peluang Izzat Hilman bagaikan terhidang di depan mata saat abah Siti Mariam yang bertahun menghilangkan diri tanpa kisah akan darah daging sendiri muncul bersama beban yang menyesakkan seluruh keluarga. Dan Izzat Hilman menawarkan bantuan tetapi dengan cagaran yang lain pula diminta. Mampukah Siti Mariam meletakkan kemahuannya di atas berbanding nyawa orang tuanya? Karya yang ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/75690/Uda-Dara