[REVIEW] TIADA DIRIMU

Tiada Dirimu Oleh Eliza AB

Hanya kerana satu insiden, Dalia dan Shafiq terpaksa hidup dalam pelarian. Shafiq sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi keselamatan Dalia. Selama 2 tahun Shafiq memegang rahsia. Jika dengan rahsia itu membuatkan dia menerima segala cemuhan dan pukulan, dia sanggup demi adiknya, Dalia.

“Maafkan aku, Dalia. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. Ada baiknya kau tak tahu siapa mereka tu semua.” – Shafiq Akmal

Shafiq dan Dalia kemudiannya dipertemukan dengan Rafiq Adam. Pertemuan itu berlarutan sehingga membawa kepada satu perhubungan yang mesra dan istimewa. Rasa sayang dan kasih kepada Rafiq berputik dalam hati tanpa Dalia sedari. Namun dia sedar, siapalah dia untuk memasang impian bersama dengan Rafiq. Dia hanya seorang gadis selekeh yang dipandang sebelah mata oleh Rafiq.

“Kau kena cermin diri kau tu dulu, Dalia. Kau tu siapa? Dia tu siapa? Mana nak sepadan.”  – Dalia Imani

Kehadiran Dalia di syarikat tidak disenangi oleh Ziqri Arif. Dia turut berpakat dengan Azie yang sememangnya tidak menyukai kehadiran Dalia di syarikat itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka berdua demi untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat.

“Lepas ni kau jangan nak main-main dengan aku, Dalia. Aku boleh buat kau berhenti daripada syarikat ni. Ini amaran aku buat kau.” – Azie

Sikap ambil berat Rafiq terhadap Dalia menambahkan lagi kebencian Ziqri terhadap gadis  itu. Tatkala dia mengetahui tentang perasaan Dalia terhadap Rafiq, dia memasang rancangan. Baginya, Rafiq tidak layak untuk bahagia setelah apa yang dilakukan oleh Rafiq terhadapnya pada 2 tahun yang lepas.

“Aku tak akan mengaku kalah, Raf. Aku akan pastikan orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau. Aku akan balas dendam atas apa yang telah kau lakukan pada aku dahulu.”  – Ziqri Arif

Peristiwa yang berlaku kepada Shafiq menyebabkan Dalia berputus asa. Demi sebuah rahsia dan kebenaran memaksa Dalia untuk menerima tawaran Ziqri. Hanya dengan bantuan Ziqri, dia dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama menghantui hidupnya dan Shafiq.

Tawaran apa yang ditawarkan oleh Ziqri kepada Dalia? Rahsia apa yang disembunyikan oleh Shafiq selama 2 tahun? Apa yang telah dilakukan oleh Rafiq sehingga menyebabkan Ziqri berdendam?


Okay anda semua tahu kan admin suka pilih novel untuk diulas berdasarkan cover book dia. Hehehe. Cover book kali ni aesthetic kan? Admin suka! Baca tajuk dia automatik rasa nak menyanyi lagu Shila Amzah yang tajuknya sebiji macam tajuk novel ni, Tiada Dirimu. Hahaha okay focus

Novel Tiada Dirimu ni berkisahkan tentang sepasang adik beradik yang hidup seperti pelarian akibat sebuah insiden yang menimpa diri mereka. Pada suatu hari, Dalia dan Shafiq bertemu dengan Rafiq dan mereka menjadi rapat dari hari ke hari tetapi bagi Dalia, timbul satu rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Dalia merasakan ada sesuatu yang berputik dari dirinya untuk Rafiq.

Setelah pertemuan itu, Dalia bekerja sebumbung dengan Rafiq. Namun, ada yang tidak menyenangi kehadiran Dalia. Ziqri, yang menyimpan dendam kesumat terhadap Ziqri bersekongkol dengan Azie untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat itu. Apa yang akan berlaku seterusnya? Haaa kalau nak tahu, apa lagi? Min dah selalu pesan kan? Tahu kan nak buat apa? Hujung entry ni min tepek link okay!

Bagi admin, novel ni sesuai dibaca oleh remaja hingga lah ke orang tua sebab tiada apa yang berat pun so boleh enjoy, bukan lah enjoy, maksud min boleh menghayati penceritaan yang hendak disampaikan oleh penulis. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349119

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *