[REVIEW] THE LUNATIC MAFIA

The Lunatic Mafia Oleh Fahizah Reena

Kayden Arata. Dia adalah syaitan, pembunuh kejam, dan seorang mafia yang tidak pernah mempunyai peri kemanusiaan. Jiwanya sudah lama mati dengan titik-titik hitam. Tangannya tak pernah lelah meragut nyawa manusia tanpa mengira siapa mangsanya. Darah juga telah menjadi kegemarannya tiapkali nyawa manusia direntap tanpa belas. Erangan dan lolongan manusia meminta pertolongan bagaikan melodi indah menerobos ke dalam ruang corong telinganya. Semakin mangsa menangis, semakin jiwanya terlonjak riang dan ghairah mahu segera menamatkan riwayat mereka. Dia… psikopat yang sangat gila! 

Bummm! Kerana satu kemalangan, manusia berhati syaitan itu telah menemui seorang gadis montel bernama Melati Akasia. Bersama gadis itu, dia terkadang berubah laku daripada kebiasaan. Gurau senda juga sering bermain di bibirnya kerana hati telah ditebuk keriangan melihat tingkah laku Melati yang mencuit hati. Kerana itu, dia berhasrat hendak menjadikan Melati hak milik mutlaknya. 

“Aku tak benarkan kau balik. Aku nak kau jadi hamba aku.” – Kayden

“Hamba? Ingat ni zaman kuno ke ada hamba?” – Melati

Melati Akasia, seorang gadis muda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal bersama mak ciknya. Dia terpaksa menumpang kasih di rumah orang dan dilayan seperti orang gaji. Namun begitu, dia tidak pernah merungut kerana dia bersyukur masih ada tempat berteduh. Kehidupannya normal sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan lelaki mafia yang sangat gila. Perangai lelaki itu sering membuatkan dia turut hilang kewarasan. Kekejaman lelaki bernama Kayden itu adalah kekejaman pertama yang pernah dilihat. Pembunuhan pertama telah disaksikan depan matanya sehinggakan dia menjadi trauma. 

“Sayang… mari sini dekat dengan aku, kita buat sama-sama. Aku ajar kau ilmu baru. Ilmu melakar lukisan… Dan, ilmu minum air merah…  Nak tak, sayang?” – Kayden

“K… Kayden, s… saya tak nak… Tolong jangan paksa saya.” – Melati

Kegilaan Kayden tidak terhenti di situ, selagi Melati tidak dapat dimiliki, dia akan lakukan apa sahaja walaupun dengan cara membunuh. Dia juga akan menghancurkan sesiapa sahaja yang berani membuat Melati menderita. Dia bernekad sebegitu hanya kerana Melati merupakan gadis pertama yang telah berjaya menjadikan dia obses separuh gila seperti ini. Dia tidak tahu ini adalah cinta mahupun permainan jiwa, namun dia berkeras hendak mengejar Melati sehingga ke hujung dunia. Melati pasti berada dalam genggamannya meskipun nyawanya jadi taruhan! Dapatkah kehendak bertunjangkan nafsu itu terlaksana? Ataupun Melati berjaya membebaskan diri daripada cengkaman  mafia berjiwa syaitan itu?

“Cam tak muka aku? Let me introduce myself, aku Hayden Ryuzaki… Your big brother. Well… I’m still alive.” – Hayden


Hai semua! Kali ini, admin memilih untuk review buku yang agak ganas sikit. Apa yang ganasnya? Tak perlu tanya pun takpa kan sebab baca tajuk pun dah kedengaran agak ganas, The Lunatic Mafia, gituuu! Ala ala vincenzo cassano! Apatah lagi tengok cover book dia, ganas betul dengan pemilihan warna yang juga ganas iaitu warna hitam dan merah. 

eBook ini mengisahkan tentang seorang mafia yang terlalu jahat dan kejam. Dia sedikit pun tidak rasa bersalah membunuh dan meragut nyawa orang malah dia merasakan itu satu kelegaan apabila dapat membunuh orang. Hatinya tidak tenang jika tidak meragut nyawa seseorang dalam sehari. Tetapi semuanya berubah apabila dia terlibat dengan satu kemalangan bersama seorang gadis molek yang berbadan comel, Melati. Sejak dari itu, tingkahnya seakan berubah apabila bersama dengan gadis itu dan dia berkeinginan untuk memperisterikan gadis itu.

Segalanya menjadi mimpi buruk kepada Melati apabila dia menyaksikan babak yang menyeramkan dan membuatnya menjadi trauma. Melati telah menyaksikan scene pembunuhan yang kejam depan matanya sendiri. Macam dalam filem tu. Fuhhhh, kalau admin ada kat tempat Melati, tak tahu lahhh apa nak jadi, mungkin terhenti jantung admin ditempat kejadian. Ganas kan?

Bagi admin, buku ni agak ganas untuk dibaca oleh remaja di peringkat sekolah rendah. Untuk remaja di peringkat sekolah menengah pula, mungkin perlukan bimbingan orang dewasa. Untuk orang dewasa, yang takut scene scene berdarah atau ganas ni, tak digalakkan la membaca takut anda trauma pulak membayangkan nanti. Tetapi, untuk yang sukakan buku buku yang ganas dan lasak, sangat sesuai untuk baca.

Disebalik keganasan, ada juga nilai nilai murni yang penulis terapkan dalam karya ini. Yang baik, kita jadikan contoh, manakala yang agak ganas kita cuba cari pengajaran yang tersembunyi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/348201