[REVIEW] Suami Untuk Mama

Suami Untuk Mama oleh Ai Indah

“Carikan suami untuk mama.” – PUAN ALIN

“Mama tu dah berusia 48 tahun tahu? Mana nak cari lelaki yang berusia 28 tahun yang sanggup jadi suami mama dan juga papa tiri kita!” – AMRI

Nak cari suami untuk mama, tak ada masalah. Yang ada masalahnya bila PUAN ALIN minta suami berusia 20 tahun lebih muda. Siapa yang mahu ibu tunggal yang ada empat anak ni? Bukan anak kecil, tapi anak yang dah boleh kahwin usianya.

“Kalau kita kahwinkan papa dan mama balik, nak tak?” – AMALINA

Memang impian si bongsu mahu mama dan papanya bersama kembali tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah oleh abang dan kakak-kakaknya. Maka bermulalah misi anak-anak mencari suami untuk mama mereka.


Seronok sangat admin rasa baca ebook ini kerana watak anak-anak Puan Alin dan bekas suaminya yang pelbagai. Anak-anak mereka ada empat kesemuanya di mana ada tiga perempuan dan lelaki tunggal. Pening kepala anak-anak bila mama request untuk cari pasangannya 20 tahun lebih muda dari usia mama mereka. Itu sebaya mereka sahaja!

Amalina mahukan papa dan mamanya bersatu semula. Mama pula kata bukan jodoh mereka. Manakala papa asyik tukar topik bila anak-anak cakap pasal mama. Yang menjadi persoalannya, kenapa mama dan papa memilih untuk kekal bujang selama berbelas tahun sejak mereka bercerai? Betulkah tiada cinta lagi antara mereka?

Anis pula jatuh hati pada calon suami mama? Aduh! Macam mana ni? Nina menolak semua lelaki yang mendekati tapi tiba-tiba ada yang melamarnya. Siapa pula gerangan lelaki itu? Amri memperkenalkan kawannya untuk bersuai kenal dengan mama. Papa mereka tahukah kegilaan terbaru mereka anak-beranak yang mencari calon suami mama?

Mungkinkah keluarga ini temui kebahagiaan berjumpa pasangan mereka? Atau itu semua false alarm semata-mata? Dalam ramai-ramai calon, siapakah pilihan mama? Dapatkah adik-beradik berempat itu restui siapakah gerangannya?

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/340629/Suami-Untuk-Mama’