REVIEW RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSOALAN KANAK-KANAK AUTISTIK DI MALAYSIA

97898386194791-medium

RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSOALAN KANAK-KANAK AUTISTIK DI MALAYSIA OLEH NORFISHAH MAT RABI

Buku ini dihasilkan daripada pengalaman penulis mengajar kanak-kanak autistik selama beberapa tahun diikuti dengan kajian lapangan terhadap kanak-kanak autistik pelbagai tahap yang berusia 7 hingga 12 tahun di beberapa buah sekolah. Ia menghuraikan ciri kanak-kanak autistik walaupun mempunyai kepelbagaian tingkah laku, namun semuanya menghadapi masalah komunikasi dan interaksi. Punca masalah ini dan panduan mendekati mereka dibincangkan secara mendalam dalam buku ini dengan disertai kes-kes sebenar agar lebih memberi kesan kepada pembaca. Peluang pendidikan yang ada di Negara ini untuk masa depan kanak-kanak autistik yang lebih cerah turut dijelaskan oleh penulis. Penulis berharap buku ini dapat menjadi panduan untuk ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat umum supaya lebih memahami personaliti kanak-kanak autistik, baik dalam pembelajaran mahupun dalam kehidupan sosial agar memudahkan kita mendekati mereka.


Apabila kita berbincang mengenai kanak-kanak yang mengidap autisme, ia merupakan satu perkara yang sedikit berbeza, dimana ia dikenali sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris. Penyakit ini boleh sembuh dan ia memerlukan rawatan yang berlainan mengikut jenis- jenis autisme.

Dalam eBook ini ada menceritakan bagaimana ciri- ciri kanak- kanak yang mengidap autisme dan bagaimanakah cara untuk menjaga mereka yang instimewa ini.

Antara yang terkandung dalam eBook ini ialah, mengenali sindrom Autisme, bahasa, komunikasi dan ineteraksi sosial kanak- kanak Austistik. Seperti contoh:

a) Tidak menunding jari , atau membuat gerak geri pada usia 12 bulan
b Tidak boleh bertutur pada usia 16 bulan
c) Tidak boleh menggabungkan 2 perkataan pada usia 2 tahun
d) Menunjukkan masalah pendengaran

Selain daripada itu, apa yang saya pelajari daripada eBuku ini ialah cara untuk berkomunikasi dengan mereka. Contohnya, elakkan bertanya soalan berbentuk emosi kerana ini akan membuatkan emosi mereka terganggu dan mereka mempunyai keuskarang mengawal emosi.

Saya merasakan eBook ini adalah bagus kerana ia memberi pengetahuan mengenai apa itu autisme dan cara nak handle kanak-kanak ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/81460/Rahsia-Dan-Keunikan-Personaliti-Kanak-Kanak-Autistik-Di-Malaysia