[REVIEW] PUAKA BUNDLE

Puaka Bundle Oleh Ayda Arianna

 

Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran. Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Puaka Bundle. Cerita ni unik. Tahniah kepada penulis kerana dapat garap jalan cerita dengan baik, lebih-lebih lagi part mimpi dalam mimpi dalam mimpi yang ada di akhir-akhir cerita. Dengan aku-aku sekali tertipu dan berdebar.

Memang benar, perasaan kasih sayang terhadap seseorang itu mampu gerakkan diri kita untuk lakukan sesuatu di luar batasan, malah melanggar syariat agama itu sendiri. Terlalu banyak kisah-kisah seumpama ini berlaku di sekeliling kita, lebih dahsyat apabila bergelumang dengan ilmu hitam dan tiada rasa sekelumit mahu berhenti dan berubah.

Malah, untuk berkata reda serta menerima sesuatu takdir itu cukup payah sebenarnya. Cukup payah. I’ve been there. Jadi, thumbs up to the writer. Buatkan aku rasa nak baca banyak kali buku ni.

Dan pastinya, akan lebih berjaga-jaga untuk beli pakaian bundle selepas ini. hahaha.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com