[REVIEW] OPERASI CINTA HAQIEL

Operasi Cinta Haqiel Oleh Sara Irdina

Siapa sangka di sebalik seragam pengawal peribadi dan bertopi itu adalah seorang gadis bernama Ainan Syahira. Pertemuan dengan seorang yang menjengkelkan ketika bertugas, mencetuskan perbalahan. “Sorry, aku tak suka cari pasal. Tapi kalau ada yang cari pasal juga, memang aku tak akan biarkan dia balik dengan dua belah kaki.” ~ Ainan “Macam mana, Cik Boboy? Nak saya patahkan kaki awak ke? Sebab saya pun tak akan biarkan orang yang serang saya, balik dengan dua kaki.” ~ Haqiel Ainan tidak menjangkakan lelaki itu adalah rakan sekerja dan sepasukan dengannya. Dalam Ainan menidakkan kehadiran Haqiel, ada rasa yang cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Bagi Haqiel pula, jawapan ‘tidak’ daripada Ainan dianggap ‘ya’ baginya walaupun dirinya ditolak berkali-kali. Namun mengapa tiba-tiba Haqiel berputus asa untuk terus memiliki gadis pujaannya? “Anggap saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Boleh juga anggap saya bagaikan mimpi ngeri yang awak mahu lupakan sebaik sahaja awak terjaga.” ~ Haqiel “Haqiel, janganlah buat aku macam ni. Kau nak aku kahwin dengan kau, kan? Aku setuju. Kita kahwin dan tinggal di sini.” ~ Ainan Mampukah Ainan membuat Haqiel kembali memandangnya sedangkan seboleh mungkin Haqiel menjauh? Benarkah ada konspirasi di sebalik kejadian-kejadian yang menimpa pasangan itu? Siapakah dalangnya?


Macam biasa lah, first impression admin untuk buku ni rasa macam mungkin ni cerita cinta cliche. Tapi ternyata tanggapan admin salah kerana kisah dalam buku ini ternyata unik. Buku ini mengisahkan seorang gadis yang memiliki kerja yang luar daripada kebiasaan para gadis di Malaysia ini iaitu sebagai pengawal peribadi. Ini adalah kerja yang sangat bahaya dan mencabar bagi seorang perempuan tetapi bagi gadis bernama Ainan Syahira, ianya tiada masalah.

Ebuku ini juga mengisahkan seorang jejaka bernama Haqiel berusaha sekeras kerasnya untuk mendapatkan Ainan yang dia beranggapan sangat membenci dirinya kerana layanan Ainan kepada Haqiel tidak sama seperti Ainan melayan Fahri yang juga rakan sekerjanya. Walau bagaimanapun, Haqiel tidak berputus asa untuk mendapatkan Ainan sehinggalah sampai satu masa tu, Haqiel berputus asa untuk mengejar cinta Ainan. Pelbagai konflik muncul selepas itu…

Admin sikit pun tidak rasa rugi baca novel ini sebab kalau admin lah yang jadi Ainan, seronok rasanya ada orang yang bersungguh sungguh untuk mendapatkan kita. hahahaha. Tapi admin mampu membayangkan je lah hihihi. 

Bagi admin, ebook ni sesuai untuk mereka yang suka cerita cerita cintan cintun ni tapi dalam masa yang sama suka cinta yang sedikit thrill. Baru syok! Novel ini juga mengandungi nilai nilai murni yang kita boleh ambil untuk diri sendiri.

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/344462

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *