[REVIEW] MAWAR BERDURI

Mawar Berduri oleh Adnil Zaff

 

Hidup 30 tahun tidak pernah bercinta. Itu yang berlaku kepada Rauf Zuhayr. Tatkala teman-teman sebaya sudah maju dengan berkahwin dan bercinta, dia tetap sendiri. Kerana prinsipnya musim bercinta bukan untuk cuba-cuba. Hingga dia bertemu dengan Diane Rose Mc Lachlan, lalu jatuh cinta kali pertama. Sayangnya, gadis itu rupanya teman wanita gelap Tan Sri Fatah. Tidak peduli! Rauf cuba juga mendapatkan gadis itu. Sayangnya setelah cintanya berbalas, ibunya menentang perhubungan itu atas alasan Diane itu tidak sekufu dengan keluarga mereka. Hadir seorang lelaki budiman dalam hidupnya membuatkan Diane tergila-gila. Dan dia hampir nanar saat mengetahui Rauf akan ditunangkan dengan seorang gadis bangsawan. Siapalah dia yang sebatang kara ini? Ketika Diane hampir rebah oleh onak duri hidupnya, Rauf hadir semula untuk merawat lukanya yang parah. Rauf nekad demi cinta biarpun tahu dia sedang menentang wanita yang memegang syurganya. Adakah pilihannya salah seperti kata-kata ibunya? “Memalukan! Perempuan baik-baik ditolak demi perempuan yang tak tentu asal usul. Anak luar nikah!”-Puan Sri Nur Ain. Tiba-tiba muncul Tunku Imranuddin dalam hidup Diane. Seseorang yang sudah lama menghilang datang menuntut kasih sayang daripadanya. Kehadirannya menyentak keegoan Puan Sri Nur Ain dan Amanda yang membenci Diane. Siapakah Tunku Imranuddin? Diane Rose… wanita yang ditinggalkan sebatang kara di dunia ini. Salah atau betul jalan hidupnya, terletak di pundaknya sendiri. Sepertimana arwah ibunya, tidak mudah untuk dia menggapai bahagia. Ditinggalkan ayah kandung, ibunya pergi menghadap Ilahi dan seterusnya cinta diduga dengan tentangan daripada ibu mentua, Diane sudah biasa menempuhi kesakitan hidupnya seorang diri. Namun Diane percaya… No Roses Without Thorns, yang mana setiap hidup pasti ada cubaan. Lambat atau cepat, Tuhan pasti akan menemukan dia dengan kebahagiaan yang ingin sangat dimilikinya!


Pada awal pembacaan, admin rasakan yang novel ini sama seperti novel cinta yang lain. Kisah antara dua darjat, hubungan percintaan yang dihalang oleh keluarga si lelaki dan kisah kehidupan si gadis yang hidup sebatang kara. Tetapi yang menariknya tentang novel ini adalah ia berkait dengan novel karya Adnil Zaff yang lain. Jika readers semua pernah membaca novel Fasad dan Mr Crush, mesti kalian dah familiar dengan keluarga Arif Buhler ni. Admin sukakan watak Rauf dan Diane dalam novel ini. Mereka tidak cepat mengalah walaupun hubungan mereka banyak dugaan. Karya Adnil Zaff juga mestilah selalu berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Terdapat banyak kisah yang kita boleh ambil iktibar dan jadikan pengajaran dalam hidup kita. Terdapat juga kata kata nasihat mengenai kemaafan, muhasabah diri dan percaya pada Qada & Qadar. Keseluruhan cerita ini tidak terlalu berat walaupun sedikit meleret tetapi admin enjoy membaca. Penggunaan bahasa juga baik membuatkan kita tidak bosan untuk teruskan pembacaan. 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271744/Mawar-Berduri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *