REVIEW MANTERA HITAM

9789831244067-medium
MANTERA HITAM OLEH SERUNAI FAQIR

SPIRIT OF THE COIN… sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah. Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.


Sebuah novel yang saya kira sedikit berat kepada pembaca. Novel berkisarkan 3 orang  sahabat bermula bermain permainan Spirit of The Coin. Asalnya syiling itu kepunyaan ayah Nik, namun mereka telah menyeru roh (Marcel) tersebut secara tidak sengaja. Ia adalah sebuah novel mengenai alam ghaib dan alam manusia. Jika anda seorang yang minat berfikir tentang jalan cerita dan meminati cerita Рcerita berbentuk mistik. Ini adalah cerita yang sesuai dengan anda!

Ceritanya, mereka yang bermain permainan tersebut, secara tidak sengaja mereka telah membebaskan Marcel seekor jin yang telah lama dikurung sejak tahun 1511. Malangnya setelah itu, banyak perkara- perkara yang terjadi kepada mereka. Contoh yang berlaku Nik dirasuk oleh jin saka keturunan  keluarganya. Maka bermulalah perang antara jin di alam ghaib yang ingin mendapatkan kitab ditangan Jin Namtar untuk menguasai dunia. Bagi menyelamatkan keadaan, mereka bertiga dibantu oleh Suraya dan Tengku Fauzi perlu masuk kembali ke alam ghaib tersebut dan merampas kembali kitab itu sebelum terjatuh ke tangan Jin Kafir. Mereka juga perlu menyelamatkan 2 orang yang tersesat dalam dunia tersebut.

Berjayakah misi yang berbahaya mereka ini? Dapatkah Nik dipulihkan dan apakah perang di alam ghaib ini akan berakhir.. Dapatkan ebuku penuh di e- sentral bagi mengetahui pengakhirannya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/74006/mantera-hitam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *