REVIEW JANGAN GANGGU LENAKU

9789831247532-medium
JANGAN GANGGU LENAKU OLEH HAIZA NAJWA

JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan. Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?


Jika anda mencari kelainan dalam novel melayu, cuba baca cerita ni. Unsur paranormal menjadi penggerak kisah ini yang ada masanya membuat bulu roma meremang. Unexpected dan menarik! Cuma nasihat admin nak nasihat, jangan baca buku ni waktu malam…Haha! Tapi memang serius rare cerita ni. ¬†Sampai admin pun mcm ” Whatt!”

Kisah Asfahul dan Atira yang begitu menggetarkan jiwa. Ditambah lagi dengan hadirnya watak antagonis, Emalin menjadikan perjalanan kisah Asfahul dan Atira makin mencabar. Ish apesal la jahat sangat Emalin ni! Rasanya, watak Emalin merupakan watak jahat paling kejam yang admin pernah jumpa. Novel ni menjadi semakin menarik apabila diselitkan dengan kisah2 paranormal dan kebesaran Allah. Nicee! Paling menggamit emosi sekali bahagian ending! Memang terfikir2 apakah akan ada kisah seterusnya? 

Kalau nak tahu ape cerita sebenar, kena la baca full story.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/81533/Jangan-Ganggu-Lenaku

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *