REVIEW DIALEK MELAYU SARAWAK

9789834616595-medium (1)

DIALEK ME.AYU SARAWAK OLEH MOHD. ALI SALIM

Buku ini dihasilkan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pembaca tentang golongan kata, ayat dan perbualan dalam Dialek Melayu Sarawak. Untuk memudahkan pembaca, buku ini ditulis dengan menyenaraikan perkataan-perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak mengikut golongan kata seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, dan kata ganda. Selain itu, perbincangnan dalam buku ini juga melibatkan kata yang bermula dengan ng, kata yang bermula dengan ny, kata majmuk, perbandingan perkataan bahasa Melayu dengan Dialek Melayu Sarawak, dan perbualan dalam Dialek Melayu Sarawak. Setiap perkataan yang dibincangkan diberikan padanan dalam bahasa Melayu. Contoh ayat juga diberikan bagi memudahkan pembaca memahami penggunaan perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak. Sebagai pengukuhan, buku ini turut memaparkan karya dalam Dialek Melayu Sarawak di akhir bab. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pengkaji bahasa dan juga seluruh masyarakat yang ingin mempelajari dan memahami Dialek Melayu Sarawak.


Admin rasa buku ini sangat bagus kepada pelajar- pelajar dari semenanjung yang akan belajar atau kepada sesiapa yang bakal bekerja di Sarawak. Daripada buku ini, anda boleh sedikit sebanyak mengetahui maksud perkataan yang digunakan. Walaupun buku ini bukan sebuah kamus, namun ia berguna kerana memberikan contoh- contoh ayat yang boleh digunapakai. Selain daripada itu, buku ini juga ada memberi perbezaan andata bahasa melayu di semenanjung dan bahasa melayu di Sarawak.

Seperti contoh:

Dialek Sarawak    : Matanya penan kenak abok.
Bahasa Melayu   : Matanya sakit terkena habuk

Dialek Sarawak    : Kitak minum apa tek?
Bahasa Melayu     : Encik hendak minum apa?

Dialek Sarawak    : Dari mana tek?
Bahasa Melayu     : Dari mana?

Dialek Sarawak    :  Dari KL. Kamek urang situk juak
Bahasa Melayu     :  Dari KL. Saya orang situ juga

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/80037/Dialek-Melayu-Sarawak