[REVIEW] DIA ISTERI TAK MAKAN SAMAN

Dia… Isteri Tak Makan Saman Oleh Cik Tet

Perwatakan Husna yang degil dan suka melawan telah membuahkan rasa cinta dalam hati Amzar, seorang jejaka yang berumur awal 40-an. Lagi kuat Husna melawan, lagi besar keinginan dalam hatinya untuk memiliki anak manja Pak Cik Hamidi itu. “Una nak kahwin dengan saya?” “Tak naklah, Una. Dahlah tua, muka penuh dengan semak-samun. Gelilah, pak cik. Nak cari bibir pun tak jumpa.” “Kenapa nak cari bibir saya? Una nak buat apa dengan bibir saya ni?” Walau luaran berperang mulut, namun hati di dalam bertaut. Tetapi berita penjodohan yang telah diaturkan oleh ibu tirinya, memusnahkan semuanya. Husna kian memberontak. Terdesak ingin keluar dari pernikahan tanpa kerelaan, Husna membuat pakatan dengan Amzar. Amzar bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Si ‘tupai comel’ sudah masuk ke dalam perangkap yang sudah lama dipasang. Sebumbung dengan Amzar, aksi berani pemuda itu buat Husna bingung dalam debar. “Pak cik cakap apa tadi?” “Abang nak Una.” “Sekali lagi.” “Abang nak Una, sayang.” Siapa Amzar sebenarnya? Kenapa setiap layanan lelaki itu mengundang debaran yang begitu kuat di dalam dada? Dan bagi Amzar… Husna memang jenis ‘Tak Makan Saman’. Lagi Husna melawan, lagi dia bertambah miang. Bila singa jantan tunjuk taring, tak cukup dahan tupai comel nak lari.


Dalam ulasan buku min kali ni, min pilih novel untuk diulas berdasarkan cover buku hehe. Bak kata pepatah orang putih, “don’t judge book by its cover” kan? Haaa min tak judge, min cuma pilih je hehehe. Cover yang digunakan penulis terkenal ni memang sangat comel dan rasa macam sweet je kan. Senang cerita, tengok cover dia, tahu la yang jalan cerita novel ni mesti romantik dan sweet. Gituuu!

Novel ini mengisahkan seorang gadis bernama Husna. Husna adalah anak manja Pak Hamidi. Amzar Kusyairi pula anak saudara emak tiri Husna yang terlajak tua. Mereka berkahwin dengan cara yang sangat unik. Husna larikan diri ke rumah Amzar. Di sana Amzar mulakan misi memikat isteri. Tapi rumahtangga mereka kerap kali di ganggu oleh perempuan keliling. Apakah yang dilakukan Husna dan Amzar untuk masalah rumahtangga mereka? 

Admin juga berpendapat yang banyak part yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebagai seorang manusia. Penulis memang menekankan nilai nilai murni yang perlu diikuti. Selain itu, novel ini jugak sesuai dibaca oleh remaja dan keatas. Bagi admin, novel ini juga antara karya Cik Tet yang seronok dibaca. Tambahan pula, novel ini selalu jadi bestseller ebook dalam website esentral.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/344454

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *