[REVIEW] Cinta Seperti Dulu

Cinta Seperti Dulu oleh N.Habibah

Cyrena Rosealla – Telah membenci bekas kekasihnya kerana telah menghilangkan diri tanpa khabar dan pesan. Kejadian tiga tahun yang lalu tanpa sedar telah meruntuhkan hubungan mereka. Sekaligus hubungan pertunangan mereka telah diputuskan oleh Cyrena sendiri.

Do Kyungjae – Merupakan salah seorang ahli kumpulan KNIGHT yang sedang terkenal di seluruh pelosok dunia. Namun malangnya 3 tahun lalu, sebuah kemalangan telah menimpa kumpulan tersebut. Akibatnya Kyungjae kehilangan separuh daripada memorinya. Termasuk kenangan indahnya bersama Cyrena.

3 tahun berlalu,

Kyungjae dan Cyrena dipertemukan kembali. Namun keadaannya tidak sama seperti dulu. Kyungjae harus berjuang kembali demi cintanya. Dia mahu cintanya mekar seperti dulu. Namun keegoan Cyrena begitu keras untuk diruntuhkan. Sehinggalah satu kejadian yang tidak di duga telah berlaku kepada Kyungjae.

Menyedari kesilapannya merosakkan segala, Cyrena mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya. Tanpa diketahui, kejadian tersebut telah mengembalikan ingatan Kyungjae sepenuhnya.

Adakah Kyungjae & Cyrena kembali mencintai seperti dahulu?

“Rena… Oppa minta maaf kerana selama ini tidak memberi khabar kepada awak. Semua ini berlaku tiba-tiba. Oppa sendiri tak mengingati sesiapa kecuali ahli Knight.” – Do Kyungjae

“Ah… sudahlah oppa. Hati saya bukannya mainan. Saya pun ada perasaan. Oppa tak tahu bagaimana perasaan saya selama 3 tahun ini. Saya rindukan oppa tapi satu pesan pun saya tak dapat.” – Cyrena Rosealla


First of all novel ni ada campuran bahasa Korea juga. Jadi sambil baca sambil belajar Korea ya selain latar tempatnya di Korea juga. Apa yang admin boleh cakap, admin tak pernah baca novel yang so Korea macam novel ini. Gaya hidup artis berkumpulan, nama-nama Korea dan lain-lain. New experience for me. Dan penulis pandai berimaginasi untuk membayangkan situasi yang sedang berlaku. Rasanya macam drama Boys Over Flower pula.

Dugaan yang dihadapi dalam novel ni agak cliche namun penulis cuba nukilkan dalam suasana yang berbeza. Novel ini sesuai untuk mereka yang minat K-pop kerana mungkin kena dengan jiwa mereka dan bahan bacaan ini tak memberatkan kepala. Boleh give it a try 😘

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/341757/Cinta-Seperti-Dulu’