[REVIEW] BERKAT : RAHSIA HIDUP SENANG

Berkat: Rahsia Hidup Senang Oleh Aldzham Kamil

 

Keberkatan adalah sesuatu yang sangat berharga dan diperlukan oleh setiap hamba Allah. Ketika mana ramai orang mengidamkan kehidupan yang mewah dan senang, orang berimann mengimpikan kehidupan yang berkat, kerana dalam keberkatan adanya rahsia kehidupan yang tenang. Tanya hati, anda impikan kemewahan ataupun keberkatan?

Novel Berkat : Rahsia Hidup Senang yang ditulis oleh Aldzham Kamil banyak memberi kita pengetahuan bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini perlu ada keberkatan supaya segala urusan sentiasa dipermudahkan. Antara ciri orang yang ingin dapat berkat adalah dengan beriman dan bertaqwa. Banyak kisah yang berlainan yang disampaikan penulis sentiasa berlaku dalam hidup kita boleh kita jadikannya satu iktibar. Di dalam buku ini juga penulis berkongsi beberapa perkara yang menyebabkan hilangnya berkat dalam kehidupan seseorang itu. Antaranya ialah syirik kepada Allah, bermaksiat dan juga subahat. Jadi sebenarnya buku ini banyak lagi memberi pengetahuan secara khusus yang boleh kita belajar. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277331/berkat-rahsia-hidup-senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *