[REVIEW] 1 WANITA : 10 LELAKI – APABILA CINTA TIDAK KESAMPAIAN

1 WANITA : 10 LELAKI – APABILA CINTA TIDAK KESAMPAIAN Oleh Aishun Rafiq, Fendi Ameen, Muhamad Fazrin, Alies Furqan, dan Miqael Arshad

Benarkah cinta perlu mempunyai penamat yang baik? Bagaimana pula jika cinta yang tidak mempunyai penamat seperti yang kita inginkan? Pastinya cinta adalah perkara besar dan agung bagi manusia yang sangat diperlukan. Cinta, adalah pengisi kekosongan. Tetapi, ia juga boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan. Cinta itu indah. Cinta itu juga sakit. Apabila cinta tidak kesampaian, apakah yang kita perlukan? Kisah ini ditulis oleh sepuluh orang penulis lelaki dan seorang penulis wanita.


Tajuk macam propa. Ada rupa tajuk depan akhbar tabloid Metro eh? Malangnya ianya jauh lebih menarik dari itu. Ianya kisah cinta yang tidak kesampaian. Bukan satu tapi sebelas kisah yang bakal menggarap perasaan serta menggerakkan minda anda.

1 Wanita 10 Lelaki ini adalah tajuk sebuah antologi cerpen yang menghimpunkan 11 penulis yang terdiri dari 10 penulis lelaki satu penulis tunggal wanita. Ianya dikeluarkan oleh SO Publishing. Sebenarnya saya memang minat membaca akan cerpen tambahan pula ianya diletakkan di dalam sebuah antologi menjadikan ianya amat berbaloi untuk dibaca.

Ada sebelas buah bingkisan kisah hati yang yang digarap berkisarkan kisah cinta yang tidak kesampaian. Di manakah kita di hujung cinta yang tidak kesampaian? Saya telah membaca buku ini beberapa kali untuk kepuasan maksimum.

Buku ini okay tapi penamat yang tragis, tragis sampaikan susah untuk dihadam. Tetapi apa yang pasti, ia wujud dalam dunia realiti cuma kita tak nampak sahaja.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/48488/1-Wanita-10-Lelaki-Apabila-Cinta-Tidak-Kesampaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *