Pesta eBook Keluarga Malaysia

 

Isnin, 8 Nov 2021, Cyberjaya – Mulai bulan November 2021, satu kerjasama yang dinamakan Semarak Membaca (semarakmembaca.com) antara kerajaan dan pihak industri terjalin untuk mengedarkan baucar eBuku kepada rakyat Malaysia untuk memudahkan pembelian eBuku dan meringankan beban kos pulang ke sekolah. Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan rakan-rakan industri buku Malaysia, termasuk stor eBuku e-Sentral.com. Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Untuk menyemarakkan lagi usaha ini, stor eBuku e-Sentral.com akan mengadakan Pesta eBook Keluarga Malaysia, yang akan menyediakan diskaun sehingga 50% untuk eBuku dan buku audio. Pembaca juga boleh menebus baucar RM10 untuk pembelian bernilai RM20 dan ke atas semasa tempoh promosi. Sememangnya diskaun berlipat ganda dapat dirasai pengguna apabila mengaplikasikan baucar Semarak Membaca. Pesta eBook Keluarga Malaysia akan bermula pada Khamis 11 November 2021 sehingga 18 November 2021.

Pesta Buku Digital ini diharap akan dapat menarik minat pembaca untuk membaca lebih banyak teks panjang dan membudayakan sifat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi pembaca e-Sentral yang boleh dimuat turun melalui platform Apple Appstore dan Google Playstore.

 

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan di bawah:

 

Web     : www.e-sentral.com

Apple Appstore: https://apps.apple.com/my/app/e-sentral/id464707103

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.reader