Persidangan eBuku ASEAN Pertama 2012

Baru-baru ini telah berlangsungnya ASEAN eBook Conference 2012 di Kuala Lumpur. Persidangan eBuku pertama di ASEAN ini telah mendapat lebih daripada 200 orang peserta yang datangnya dari industri buku, badan-badan kerajaan, penerbit universiti dan juga pelajar. Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Penerbit-Penerbit Buku Malaysia ini telah diperkasakan dengan penceramah-penceramah dan ahli panel daripada setiap sudut ASEAN – Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam – dan juga Australia. Syarikat Xentral Methods, pengelola e-Sentral telah turut serta mengambil bahagian dalam sebuah forum membincangkan industri eBuku komersil di Malaysia.

Ekoran persidangan eBuku ASEAN yang pertama ini, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir, telah membentangkan satu idea untuk Pelan Tindakan Imdustri eBuku untuk mengambil kesempatan dalam memperkayakan bidang ICT Negara ini.