e-Sentral diberi penghargaan daripada PNM

Pada 31hb January 2013, sempena pelancaran Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC, eSentral telah diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk usaha mendirikan pangkalan eBuku untuk Malaysia. PNM telah menyampaikan penghargaan sebagai terima kasih daripada kementerian dan kerajaan atas memajukan industri perbukuan khususnya eBuku. Penyampaian penghargaan yang telah disampaikan oleh YB Dato’Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, telah diterima oleh Puan Zafirah Hanoum, Pengurus Kandungan merangkap wakil eSentral. Dalam majlis tersebut, eSentral telah digambarkan sebagai entiti yang telah memberi landasan kepada penerbit-penerbit tempatan untuk mempelopori bidang industri eBuku. Terima kasih kepada PNM atas penghargaan ini, kami sangat terharu.

PNM1