Dokumentari Startup: The Real Story meliputi kisah perjalanan e-Sentral

Pada awal Oktober 2021, sebuah dokumentari bahasa Inggeris bertajuk Startup: The Real Story telah dilancarkan melalui Youtube. Dokumentari yang berfokus kepada industri syarikat pemula teknologi di Malaysia ini telah melibatkan pengasas-pengasas e-Sentral, Faiz dan Irfan, apabila mereka di temuramah untuk dokumentari ini.

Malah penerbit dokumentari ini, Andy Ridgway, membuat keputusan untuk menggunakan e-Sentral untuk menjadi tunjang belakang contoh syarikat pemula teknologi di Malaysia yang telah melalui pelbagai fasa dalam penumbuhan. Jadi glamer la sekejap bos-bos kami.

Dokumentari ini dimulakan penerbitannya pada akhir 2019 sebelum wabak Covid19 melanda dunia, dan telah melibatkan temuramah pelbagai tokoh industri termasuk tokoh-tokoh politik juga, sepanjang waktu pandemik juga. Ianya adalah menarik untuk ditonton jika anda sukakan perihal industri teknologi dan polisi.

Dokumentari ini percuma untuk ditonton ramai melalui pautan berikut di Youtube:  https://www.youtube.com/watch?v=F0MVBnOdfXM

Filem dokumentari ini adalah 47minit panjang dan jika anda tidak pasti sama ada mahu menontonnya, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dibawah sebelum menontonnya. Selamat menonton semua!

Startup: The Real Story

Format: 47minutes documentary in 4K

Producer & Director: Andy Ridgway

Synopsis: Over the years Malaysia has invested millions into promoting tech startups, in an attempt to replicate the Silicon Valley in the West.

This documentary looks at a 10year journey of e-Sentral, an ebook tech company that began as a startup, and its journey going through the different phases of growth.

The film interviews startup industry players in Malaysia; leaders, executives, and entrepreneurs sharing their perspectives and experiences on how it actually is, and not as how it has been typically portrayed.

A must watch if you like the tech space as the film portrays a genuine feel for perseverance and grit.

                  ****

TMDB: https://www.themoviedb.org/movie/878565-startup-the-real-story

IMDb: https://www.imdb.com/title/tt15485290/

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dokumentari

YB Dr Maszlee dalam dokumentari

Pengasas e-Sentral, Faiz Al-Shahab dalam dokumentari Startup:The Real Story