[SNEAK PEEK] ISTERIKU SLEEPING UGLY

9789674462116-medium
EBUKU Isteriku Sleeping Ugly Oleh Daisy Dania

KENAPA tadi you panggil dia ugly?”
Suara Erin yang didengari membuatkan langkah Hana terhenti daripada terus melangkah menuju ke arah kaunter penyambut tetamu itu.
Dia yang diarahkan Rina sebentar tadi untuk menyediakan air kopi terus memasang telinga di situ.
“You ni, agak-agaklah kan. Takkan macam tu nampak cantik pada pandangan mata you? Untuk I, memang taklah. Sebab tu I panggil dia ugly. Lagi satu, dia ni suka tidur rata-rata tempat tau, you jangan tak tahu,” beritahu Rina bersungguh-sungguh.
“Really?”
“Ya. Bukan ke ada satu cerita dongeng tu, Sleeping Beauty, kan? Yang ni? Cantik ke?” balas Rina.
Tawa Rina dan Erin meletus.
Hana mengetap bibir. Kenapa apa yang dia pakai akan selalu menjadi sebab utama untuk orang lain mengata dirinya? Apa yang dia orang pakai, aku tak pernah kisah pun!
Hana mula mengatur langkah. Erin dan Rina yang sibuk bergosip terhenti sejenak. Dua biji cawan diangkat lalu diletakkan di atas meja sebelum ingin berlalu.
“Tunggu, tunggu.” Erin bersuara.
Hana kembali menoleh ke Erin yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya.
“Nah, upah kau.” Erin tersenyum sinis sambil menghulurkan sekeping duit kertas RM1.
Hana terkebil-kebil memandang Erin yang mengangkat kening kepada Rina. Setidak-tidaknya, Erin ingin kelihatan hebat juga di pandangan mata model itu.
“Ambil. Aku tak naklah nanti kau cakap kita orang ni buli kau pulak. Ambil, jangan risau, aku ikhlas. Cukup ikhlas dari hati kecil ni. Nah!” Erin beria-ia menghulurkan wang kertas yang masih belum bersambut.
Hana menatap dalam-dalam raut wajah kerani itu. Kenapa harus sombong dan meninggi diri? Kalau tak ada RM1 tu, takkan cukup seratus tau. Jangan kata RM1, kalau tak ada satu sen sekalipun, takkan boleh kalau nak cukupkan nilai sejuta.
Hana menyambut duit yang diberi. Bukan kerana dia ingin merendahkan martabat dirinya, tapi dia yakin satu hari nanti, dia akan ada peluang untuk menggunakan kembali duit tersebut.
“Hah! Macam tulah. Good girl!”
“Terima kasih. Saya terima sebab saya yakin, nanti duit ni akan kembali kepada tuannya yang asal. Sebab? Sebabnya dalam ekonomi sendiri pun, duit ni…” Hana menunjuk duit yang sudah berada di tangannya.
“Duit ni berputar. Bila berputar, saya yakin suatu hari nanti RM1 ni akan kembali kepada Cik Erin,” tutur Hana.
Erin menelan air liur. Dia terpempan dengan kata-kata budak kampung itu. Apa yang nak dijawabnya sekarang? Tak guna! Dia melihat ke arah Rina bagaikan ingin meminta pertolongan.
“Apa-apalah! Ekonomilah, apalah. I don’t care!”
“Of course you don’t care. Or maybe you don’t even know, right? Sebab dulu pun, assignment Ekonomi Cik Rina, saya yang buatkan!” balas Hana geram.
Dulang yang tadinya ingin dibawa kembali ke bilik pantri dibiarkan di meja Erin sebelum berlalu.
Air mata yang ditahan sejak diberikan wang kertas oleh Erin tadi, kini gugur. Langkah dilajukan ke arah studio.
Erin mengetap bibir sambil mengerling Rina.
“Damn it!” Rina mula mencerca apabila terasa panas hati.
Sekarang ni, Ugly yang dungu itu sudah berani melawannya? Nampaknya, pengajaran yang lalu masih belum berkesan buat budak kampung itu!
“I have a plan. New plan!” gumam Rina.
Matanya masih tidak lepas menatap pintu yang ditutup Hana tadi.

LAGU I’ll Always Love You yang merdu hasil suara mantap mendiang Whitney Houston melatari studio Fabuloustar pagi itu. Lagu itu yang sengaja diperdengarkan dari sebuah komputer riba yang dihubung terus kepada kotak speaker Altic Lansing, dipilih sendiri oleh Bad dengan harapan dapat menyuntik mood kepada model-model yang menjalani sesi fotografi dengan tema romantik itu.
Hana memerhati Rina dan seorang lagi model perempuan yang sibuk memberikan pelbagai gaya seperti yang dikehendaki oleh jurugambar, Imran.
“Risya.” Sebaris nama itu meluncur keluar dari bibir Hana.
Semua orang di sini memanggilnya sebegitu, bukan dengan nama Rina seperti yang pernah dikenalinya di UiTM dahulu. Ah, Risya ke, Rina ke, orangnya tetap sama. Perangai juga masih lagi tidak berubah. Jadi, apa yang berbeza dengan nama tersebut?
Hana mengalihkan pandangannya daripada terus memerhati sesi fotografi yang sedang rancak berlangsung. Dia yang sedang berdiri di tingkap studio itu, memandang ke arah luar, memerhati kesibukan di jalan-jalan Kuala Lumpur yang tak pernah sunyi.

“Ugly!”
Suara itu menyentap rasa tenang yang baru hendak bertamu dalam diri Hana. Dia menoleh ke arah Rina yang sedang duduk di sebuah kerusi. Kelihatan semua mereka yang berada di situ turut memandang ke arahnya. Lagu yang tidak lagi kedengaran membuatkan Hana memahami yang sesi itu dihentikan seketika untuk berehat.
“Apa you ni? Nama dia Hanalah,” ujar Bad, sedikit marah.
“Yalah. Penolong Jojo, takkan you tak kenal lagi?” Imran pula menambah.
“Siapa cakap I tak kenal? Lebih daripada you all semua kenal dia tau. Oh, Ugly.” Rina menoleh ke arah Hana yang terkebil-kebil memandang kepadanya.
“No need to be rude. You boleh aje kan panggil dia Hana?” Jojo yang mula panas hati, terus membuka mulut.
“Hei, relakslah. I dah terbiasa.” Rina tertawa kecil.
Kau kena kuat, Hana. Bukankah kau dah biasa dengan perangai dia? Lagipun, untuk hari ini aje, kan? Hana memberikan semangat untuk dirinya sendiri.
“Tolong ambilkan aku air. Hauslah. Hmm… tolong dapatkan aku strawberry smoothie dari restoran kat bawah tu. Cepat sikit ya.” Rina memberikan arahan diiringi dengan senyuman di bibirnya.
“Hei! You jangan nak melampau. Dia ni pembantu I, bukannya…”
“Tak apa, Jojo. Lagipun, saya memang tak buat apa-apa pun sekarang ni. Apa salahnya saya tolong. Jojo nak apa-apa, saya boleh tolong belikan.” Hana cuba bernada ceria.
Jojo yang menoleh kepada Hana cuba menahan sabar. Kepalanya digeleng perlahan bagaikan kesal dengan apa saja yang baru didengari daripada Hana. Kenapa pula Hana sanggup mengikut saja apa kata Risya?
“Hah, dengar tu Jojo? Dia sendiri tak kisah. You pulak yang nak lebih-lebih,” tukas Rina sambil menjeling.
“Bad? Imran? Yang lain-lain nak pesan apa-apa jugak ke?” Hana menoleh ke arah krew-krew yang sedang berehat di dalam satu kumpulan.
“Tak apalah, Hana.” Imran bersuara bagaikan wakil kepada mereka yang lain.
“Betul ni? Cakap ajelah kalau nak apa-apa. Err… sandwic?” Hana masih lagi menawarkan pertolongannya kepada para pekerja itu yang hanya menggeleng.
“Vanessa?” Hana memanggil pula model kacukan China dan Inggeris yang turut berehat itu.
Kelihatan Vanessa menggeleng.
“Tak apalah, Hana. I bukannya jenis macam tu. Kalau I nak sesuatu, I tahu macam mana nak buat dan I takkan pernah nak susahkan orang lain. Tapi, you tahu tak yang you memang sangat-sangat baik dan untuk itu, apa kata semuanya, kalau kita berikan tepukan untuk Hana!”
Hana yang tidak menyangka apa yang dikatakan oleh model yang bekerjasama dengan Risya tadi, terpinga-pinga apabila mereka semua yang berada di situ melakukan seperti yang dipinta Vanessa. Bergema studio yang tadinya sepi dengan tepukan daripada semua pekerja.
Hana tersipu. Matanya menjeling kepada Jojo. Amboi! Beria-ia pula Jojo bertepuk tangan untuknya. Hisy! Macam-macam. Namun, Hana sendiri tidak berjaya menahan bibirnya daripada terus memberikan senyuman buat lelaki itu.
“Yeah! Hana! Hana!” Imran pula bersuara.
“Hana! Hana!” Mereka yang lain ikut bersuara, seakan-akan memberikan semangat buat gadis itu.
Hana tersenyum terus. Bahagia juga bila disokong begini. Belum sempat untuk terus senyum berpanjangan, raut wajah Rina yang sedang merenung tajam kepadanya mencuri tumpuan.
“Err… saya pergi dulu,” tutur Hana sebelum berlalu.
Rina memerhati kelibat gadis itu yang menghilang di sebalik pintu studio. Tak guna! Kenapa sekarang dia dapat rasakan semuanya seperti menyebelahi gadis dungu tak guna itu? Dan yang paling teruk, dia rasa macam dia sudah kalah kepada Hana!
Rina menjeling kepada Vanessa yang sedang duduk tidak jauh di sisinya. Kelihatan gadis itu sedang membelek-belek telefonnya.
“Tadi tu you perli I ke apa?” Rina mula bersuara.
Setidak-tidaknya rasa panas hatinya kini harus dilempiaskan kepada seseorang.
“Excuse me?” Vanessa menoleh ke arah Rina.
“Alah, tak payahlah nak berpura-pura. Tadi tu apa yang you cakap, memang you cakap pasal I, kan?” Rina mula berdiri.
Suara Rina yang tinggi itu menarik perhatian mereka yang lain.
“Biarkan. Kalau perempuan bergaduh, jangan masuk campur!” bisik Bad kepada Jojo sambil tersengih.
“Setuju!” balas Jojo yang ikut tertarik dengan drama yang bakal terjadi.
“Yang you nak terasa kenapa? I tak sebut pun nama you, kan? I’m just talking about myself. Tapi, kalau you masih nak terasa, sorry, I can’t help it okay?” Vanessa tersenyum sinis.
“Satu, dua…” Bad dan Jojo sama-sama mengira.
“Tak guna! Kau memang nak cari pasal, kan?!” Rina yang tidak lagi boleh bersabar terus menerpa ke arah Vanessa.
Rambut paras bahu Vanessa menjadi target tangannya. Kedua-dua orang model yang tidak ingin mengalah mula bercakaran antara satu sama lain. Drama percuma itu menjadi tatapan staf-staf lelaki lain yang tidak ingin masuk campur.

****

SEPASANG kasut tumit tinggi Charles & Keith yang berwarna putih dan berjalur ungu itu kembali disimpan di rak yang menempatkan pelbagai lagi jenis kasut wanita dan lelaki daripada pelbagai jenama antarabangsa.
Sekali lagi, sama seperti hari-hari sebelum ini, Hana sudah selesai mengemas pakaian, kasut dan aksesori yang diguna pakai oleh para model. Dia tersenyum senang kerana ini sudah menandakan kerjanya sudah berakhir untuk hari itu.
Jam di pergelangan tangan dikerling sebelum telefon yang berada di tangan mula ditatap. Hana mula mencari mesej yang diterima daripada Ika beberapa minit yang lalu.
“Ada pun,” gumam Hana.
Dia membaca mesej yang dibalas Ika sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi. Hari ini, dia harus pulang ke rumah seorang diri kerana Jojo tiba-tiba saja memberitahunya untuk berjumpa dengan seorang kawan yang sudah lama tidak bersua muka.
Nombor telefon untuk menghubungi teksi itu dilihat lagi sebelum telefon kembali disimpan di dalam beg. Puas memerhati keadaan bilik wardrobe itu, Hana menekan satu suis untuk menutup lampu sebelum berlalu. Keadaan studio itu sudah lama sunyi, sejak selesainya sesi fotografi lewat tengah hari tadi.
Sebaik melangkah keluar dari studio, Hana menghala menuju ke arah lif. Beberapa minit melangkah, dia sudah tiba di depan pintu lif. Matanya yang menjeling ke arah pintu pejabat, mula menarik langkah kakinya ke arah situ.
“Ada lagi ke yang tak balik?” bisik Hana perlahan.
Jam di tangan mula dikerling apabila kedengaran batuk yang dilepaskan itu. Selalunya pada waktu yang menginjak ke 6.40 petang, sudah tidak ada mana-mana staf yang masih berada di pejabat.
“Eh, Hana, tak balik lagi ke?” soal Zara apabila menyedari kehadiran Hana.
“Belum lagi, tapi dah nak baliklah ni. Err… Cik Zara tak…”
“Alah, tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Kita sebaya, kan? Panggil aje Zara.” Gadis yang menjadi setiausaha kepada syarikat itu mengukirkan senyuman kepada Hana.
“Err… Zara tak balik lagi? Banyak kerja ke?”
“Boleh tahanlah. Saja aje malas nak balik awal-awal. Bukannya ada siapa-siapa pun tunggu kita kat rumah. Lebih baik habiskan kerja ni, ya tak? Kenapa, Hana pun balik lewat? Jojo mana? Selalu tu kau orang berdua, hari ni tinggal awak aje sorang-sorang.”
Hana tersengih. Nampaknya satu pejabat ni agaknya sudah tahu yang dia dengan Jojo selalu datang dan pulang bersama-sama. Gosip!
“Memang selalu tu saya datang dan balik sama-sama dengan Jojo, tapi hari ni dia ada hal, jadi saya balik sendiri. Err… tadi saya dengar Zara batuk, tak sihat ke?” Hana yang berdiri tidak jauh dari meja Zara mula melepaskan soalannya
Zara tersenyum sebelum membuka mulut. Pandangannya yang tadi tertancap kepada monitor komputer mula ditalakan kepada Hana yang masih tercegat di situ.
“Taklah. Saya okey. Tadi tu tersedak sebab minum air ni.” Sebotol air mineral yang berada di atas meja diangkat, lalu ditunjukkan kepada Hana.
Hana mengangguk faham.
“Saya ingatkan Zara tak sihat tadi. Kalau macam tu, saya balik dulu ya.”
“Okay, take care!” Zara mula melambai.
“You too. Assalamualaikum.” Hana tersenyum sebelum melangkah.
“Waalaikumussalam.” Mata Zara mengikut gerak langkah gadis itu sehingga menghilang.
Apa yang tidak kena dengan gadis itu sehingga ramai staf yang memperkatakan perihal dirinya? Bukan dia tidak tahu, boleh dikatakan setiap hari, ada saja cerita yang Erin sampaikan kepada staf-staf yang lain.
“Sekurang-kurangnya, dia ambil berat jugak pasal aku,” getus Zara.

HANA yang menanti di depan pintu lif, terpempan sejenak sebaik pintu lif berkenaan terbuka. Susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di dalam lif itu membuatkan Hana mula berdebar.
Ah, masuk ajelah, Hana. Jangan-jangan dia sendiri pun sudah tak ingat pun hal itu, kan?
Hana mula melangkah masuk apabila mengenangkan waktu yang kian lewat. Jam di telefon yang dikeluarkan dari beg untuk menghubungi teksi sebentar lagi, dipandang. Sudah hampir ke pukul 6.45 petang.
Rayyan mula melonggarkan ikatan tali lehernya. Kepalanya diteleng ke kiri dan kanan untuk menghilangkan lenguh-lenguh di leher dengan mata yang dipejamkan. Apa yang dia tahu, dia ingin segera sampai ke rumah dan berehat di atas tilam empuknya itu.
Seorang gadis yang berdiri bersama-samanya di dalam lif itu tidak dihiraukan. Penampilan gadis itu dilihat sekali lalu. Entah mak cik cleaner mana atau tea lady syarikat mana yang berkongsi lif bersama-samanya petang itu. Rayyan mula menjeling.
Tak seksi langsung untuk dibuat cuci mata yang dirasakan berpinar setelah seharian menyemak fail itu dan ini. Sudahlah perutnya sendiri sudah mula berkeroncong.
Rayyan menjeling malas nombor yang dipamerkan di dalam lif itu. Lif itu baru saja bergerak menuruni aras 14.
“Lambatnya!” desis Hana.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79470/isteriku-sleeping-ugly

[SNEAK PEEK] JEPUN

9789670954356-medium
EBUKU JEPUN Oleh Lokman Hakim

Okamachi

4 pagi. Jam telefon bimbit aku sudah berbunyi. Namun mentari sudah menginjak horizon, memberikan perspektif seolah-olah aku terbangun pada pukul 7 pagi hendaknya. Perbezaan waktu antara Kuala Lumpur dan Osaka adalah satu jam. Tatkala Osaka mendakap mentari pada pukul 5 pagi, Kuala Lumpur masih didakap lena gelap pada pukul 4 pagi.

Melisa dan Rogiro berdiri di bucu bilik ini, seolah berkawal. Tegak dirinya, umpama patung yang memerlukan roh untuk bergerak. Aku mengeluh melihat keadaan Rogiro yang lusuh pakaiannya. Dan juga Melisa itu. Aku masih tak tahu bagaimana mahu menyambung cerita perihal Melisa di dalam novel Gesek itu.

Sementara menunggu Halim terjaga dari tidurnya, aku membuka laptop dan mengeluarkan buku catatan. Setiap peta minda yang aku lakarkan semasa dalam tren, aku belek satu-persatu.

Terdapat satu lagi novel yang aku gemar tuliskan dan muatnaik di Wattpad. Ia berjudul Tirani. Semudahnya, novel itu adalah lakaran kebencianku pada manusia. Namun kewarasan membuatkan aku menulis novel dan bukannya keluar membunuh orang. Kewarasan adalah satu-satunya sebab aku masih dapat menulis novel begini. Dalam keadaan tertekan dengan hidup yang sukar, inspirasi aku subur tumbuhnya.

Tirani – novel yang tidak sama sekali menggunakan peta minda. Aku zahirkan kebencianku pada manusia yang digarap pada terma ‘boneka’ lalu aku mutilasi segila-gila mungkin. Sekurang-kurangnya aku tahu, ia tidak berlaku di luar sana. Ya, orang gila seperti Aidil di dalam Tirani, tidak mungkin wujud.

Tuhan takkan membenarkan kewujudan sebegitu ngeri menular dalam kalangan manusia. Jadi aku boleh bertenang. Sekurang-kurangnya, aku berjaya mengasingkan kegilaan itu dalam satu kotak yang boleh dikatup rapat bernama novel.

Satu aspek yang aku sukakan berkenaan perumahan ini adalah kesunyiannya. Seolah-olah tidak berpenghuni langsung. Tiada bunyi rengek budak kecil. Tiada bunyi kereta lalu-lalang. Apa yang bingit hanyalah reriang yang tak berhenti-henti. Bunyi reriang adalah melodi musim panas, ia seolah memberitahu kewujudannya di sekitar untuk memeriahkan musim panas itu yang sunyi dari perbualan-perbualan miniskus warga-warga Osaka. Ishibashi setepatnya.

Aku menjeling keluar pintu bilik, dan mendapati, pintu masuk ke rumah ternganga luas.

Ah, bagaimana boleh jadi begini?

Aku pantas memeriksa dompet dan telefon bimbitku, dan mendapati semuanya masih ada di tempat asal. Adakah memang begitu selamat duduk di Ishibashi ini? Sehinggakan terlupa menutup pintu pun tiada pencerobohnya?

Pada mulanya, aku mahu berjalan-jalan di luar dan kononnya menikmati udara luar. Namun mata masih dibuai kantuk. Jam juga baru menunjukkan pukul 5:35 pagi. Aku tak pasti adakah aku boleh menyambung tidur dalam keadaan begini terang. Namun aku tahu, aku tidak mungkin dapat memejamkan mata dan berpura-pura dibuai mimpi dengan matahari menyinar galak.

Peta minda.

Aku keluarkan pula peta minda yang aku karang. Tatkala lembaran demi lembaran aku selak, dan mahu dicatatkan mata pena ke atas mukasurat, Rogiro mendekati. Dia menuding ke lakaran jam yang telah dirobek angka demi angkanya. Aku tersenyum.

Jam yang ditunjukkannya itu adalah jam yang telah dirogol waktunya. Di mana apa yang termaktub selaku satu jam tidak serupa rasanya dengan waktu di antara pukul 1 dan 2. Ia tidak selari dengan naluri.

Apabila dibayangkan naluri ini selaku satu ketepatan seorang manusia, maka, dunia akan jadi lebih mesra manusia. Ya, manusia ini dibayangkan sempurna untuk menjadikan peredaran waktu itu, sentosa.

Kita akan merasakan jam itu terlalu lambat. Ada masanya kita akan rasakan masa itu terlalu laju. Dan kita takkan menyalahkan diri, kerana terlalu pemalas. Kita takkan menyalahkan diri kerana terlalu rajin. Naluri adalah satu ketepatan, maka yang salah adalah dunia, gunung berapi dan juga tenuk. Manusia akan terlepas dari segala salah laku.

(Kemalasan tanpa aktiviti, akan membuatkan waktu dirasakan perlahan. Kerajinan penuh aktiviti, akan membuatkan waktu begitu laju.)

Rogiro menggeleng-geleng, tanda dia tak faham. Aku tak peduli dia faham atau tak. Dia hanya perlu hadam dan telan sebagaimana orang dungu menelan fahaman yang kononnya datang dari Tuhan. Tak perlu mengerti akan apa yang disuapkan, telan sahaja. Maka Rogiro ditempelengku berulang-kali, sehinggalah Melisa menepis tanganku. Dia melindungi Rogiro!

“Jan..gan… bu..li… bu..dak.”

Sepatah-patah katanya. Seolah baru mahu belajar bercakap. Di sebalik topeng rusa yang dikenakan pada wajahnya, suaranya termendap. Namun ia masih jelas dek kerana dia menyebut setiap suku kata dengan selang masa yang jitu dan tepat. Setepat konsep naluri manusia yang perasan hebat. Sesuatu konsep narsis yang takkan difahami Rogiro sampai bila-bila.

“Se..ri..ga..la.”

Ujar Melisa lagi. Kali ini dia berusaha untuk menanggalkan topeng rusa yang dipakainya. Rogiro pula sudah menyorok di belakang Melisa. Aku berdebar menanti kemungkinan yang akan tiba. Melisa akan membuka topengnya. Biarpun aku mengetahui apa yang terlindung di sebalik topeng itu, aku tahu ia bukan mudah untuk menonton babak topeng dibuka dengan perlahan.

Rambutnya yang panjang mula kelihatan, disusuli dagunya. Kelihatan kulit putih melepak membaluti dagunya yang indah lekuknya. Aku mahu mencalit sesuatu pada dagu itu. Mungkin kalau aku lukis mata di dagu itu, aku akan dapat lihat dunia dari perspektif berbeza. Aku optimis. Namun aku pemalas.

“Kenapa dengan serigala?” tanyaku.

“Serigala ada kat puncak menara.”

Aku hairan pada mulanya. Namun apabila Rogiro merampas buku peta minda daripadaku dan mula melukis serigala yang dimaksudkan, aku mula memahami, ia adalah serigala yang sama muncul dalam novel yang aku tulis. Novel Serigala di mana, antagonisnya ditulis oleh protagonis.

Aneh, bukan?

Namun itulah konsepnya. Novel Serigala menceritakan perihal penulis dan wataknya, yang dipengaruhi oleh serigala bernama Malaq, salah satu kesedaran samar-samar yang menghantui kedua-dua penulis dan yang ditulis. Ia adalah satu analogi aneh.

Bayangkan kau selaku pembaca sebenarnya sedang dibaca oleh buku yang kau baca. Kau sedar kau sedang dibaca, maka kau tutup buku itu, dan campak buku itu jauh-jauh, dengan harapan buku itu takkan dapat menjeling kau sebegitu lama dan merenung serta menghitung setiap rongga bulu roma pada tubuh kau.

“Diam! Diam!” Melisa mula bertempik, tetapi aku tetap mahu menerangkan perihal konsep novel Serigala itu.

“Kami nampak serigala atas puncak Sky Building!”

“Oh,” itu saja yang mampu aku perkatakan.

“Kami ingat awak dah mati kena telan serigala!”

“Kenapa pulak?”

Terkebil-kebil Melisa berwajah cantik, bila ditanya begitu. Aku balas renungannya dengan renungan. Aku mahu dia panik. Namun dia pantas sahaja diulit keyakinan tinggi. Dia terus menjawab:

“Serigala tu dah conquer satu menara. Kami nampak orang jatuh. Serigala itu yang campak.”

“Berapa ramai yang serigala tu campakkan?”

“Dua orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan.”

Topeng rusa dipegang oleh Rogiro. Matanya membulat merenung kami berdua berbicara. Aku tengah memikir, bagaimana caranya untuk membuatkan Rogiro berpakaian lebih elok. Namun dia muncul dari persimpangan rel dan jalan raya Stesen Hankyu, Ishibashi, maka secara praktikalnya, dia bukannya dilandaskan pada imaginasiku semata-mata.

Ada sesuatu di tempat ini yang membentuk karakternya, maka ia tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, bajunya yang compang-camping dan juga bau badannya yang agak busuk. Mungkin ia selaku perlambangan kepada sesuatu yang minda separa sedar aku fahami dan bukannya aku. Aku dalam proses memahami minda kendiri.

“Serigala tu kawal dua orang tu. Dia main-mainkan macam dia main anak patung. Dah bosan, dia campak ke bawah. Macam tu,” tambah Rogiro pula.

Melisa mengangguk-angguk.

Aku membayangkan watak serigala dalam novel itu, memang selaras deskripsi perlakuannya selaku raja kepada watak-watak dalam novel itu dan mengawal perlakuan setiap watak dengan dominasi melangkaui batasan simbiosis antara pembaca dan watak.

Cuma aku masih cuba membayangkan perihal identiti kedua-dua mangsa serigala itu. Aku tidak mengingati watak-watak yang aku gubah untuk novel-novelku. Mereka umpama satu kewujudan yang hadir seketika dalam kotak memori, minta dituliskan dan apabila cerita mereka beredar dalam kelompok pembaca, perlahan-lahan mereka akan menarik balik memori mereka daripada otakku. Mereka sudah dapat rumah yang baru, aku hanya sekadar persinggahan.

Ilham ini, watak-watak ini, umpama tetamu yang didatangkan oleh Tuhan kepada penulis. Mereka meminta aku menceritakan perihal perjalanan mereka walau ia tidak logik sama sekalipun dan sesudah penulisan usai, mereka akan meninggalkanku. Tanpa sebarang ucap selamat tinggal.

“Jadi, sekarang apa jadi dengan serigala tu?”

Mereka berdua menuding ke arahku, dengan pandangan mata tak berkelip-kelip.

“Serigala tu, ada dalam awak.”

Aku mengeluh sahaja. Kedua-dua watak ini, sudah keluar dari cerita mereka dan menganalisa aku sepanjang perjalananku di Osaka ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79492/jepun

 

[SNEAK PEEK] MR. STALKER… SAYA CINTAKAN AWAKLAH!

9789670567754-medium
EBUKU Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah! Oleh Hannah Ezaty

SUDAH berkali-kali dia menghubungi Raziq, namun tetap gagal. Nadine Tasyrif memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah hampir kehabisan bateri itu. Dia mendengus keras dengan kening yang bertaut rapat antara satu sama lain.

“Hei, jawablah panggilan! Susah sangat ke nak jawab?” bebel Nadine Tasyrif sendirian yang sedang duduk di satu sudut dalam studio dengan wajah geram. Giginya juga diketap rapat dengan mata masih menyorot ke arah skrin telefon bimbit.

Waktu rehat yang ada digunakan sebaiknya dengan menelefon tunangnya Raziq. Namun dia sedikit bengang kerana lelaki itu masih belum menjawab panggilannya sejak tadi.

Nadine Tasyrif melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir tengah hari. Sebetulnya, hari ini dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja penggambaran memandangkan jadualnya yang begitu padat sejak awal bulan lalu. Kerjayanya sebagai seorang model yang cukup popular membuatkan masanya sering terbatas. Namun itu bukan alasan yang akan diguna apabila melibatkan soal Raziq.

Hari ini sepatutnya dia ke butik pengantin bersama tunangnya itu untuk melihat contoh rekaan baju pengantin yang bakal mereka berdua gayakan pada hari bersejarah yang tinggal tiga bulan saja lagi. Banyak perbincangan yang mahu dilakukan di sana nanti. Biar hari bersejarah mereka nanti akan jadi satu momen yang boleh dikenang sepanjang hayat.

Ikutkan janjinya dengan Raziq, selesai kerjanya sekejap lagi, mereka akan terus ke Butik Rafell yang dimiliki oleh salah seorang kenalan Raziq. Tak sabar rasanya nak bersatu dengan Raziq, jejaka yang dia cinta sepenuh hati. Syed Raziq Rafiqi, dengar saja namanya mampu buat jiwa bergetar hebat. Lelaki yang sering diberi jolokan lelaki macho dalam kalangan teman tunangnya. Mereka telah bertunang lebih daripada dua tahun.

Rindu tiba-tiba membuak-buak dalam hati kecil Nadine Tasyrif. Sudah hampir seminggu dia tak bertemu dengan jejaka itu memandangkan masing-masing sibuk. Raziq baru saja pulang dari London petang semalam setelah berurusan di sana sejak minggu lepas lagi.

“Kau ni kenapa? Resah semacam aje?” tegur Kila, teman yang merangkap pembantu peribadi gadis itu. Nadine Tasyrif melangut memandang Kila yang sedang mendekatinya sambil membawa dua botol air mineral sejuk. Dia mendengus lagi sambil melepaskan geramnya pada skrin telefon bimbit.

“Raziq nilah… Dari tadi aku call tak jawab-jawab. Entah apa kena aku pun tak tahu.”

“Alah, tak dengarlah agaknya!”

“Hesy, tak dengar apanya… Dia tu bukannya pekak!” balas Nadine Tasyrif lagi bersama kerutan di wajah. Dia melihat lagi skrin telefon bimbitnya lalu menekan-nekan punat dengan kasar. Kerana rasa rindu, dia naik angin. Geram apabila panggilannya tak bersambut.

“Dah, kau minum dulu air mineral ni. Kasi sejuk sikit. Nanti-nanti kau call dia semula. Aku rasa mungkin dia tak sedar telefon dia berbunyi,” nasihat Kila lagi lalu menghulurkan botol mineral yang sudah dibuka kepada Nadine Tasyrif. Gadis itu hanya menurut. Diteguk sekali dua air dari botol itu lalu dia menarik nafas untuk menghalau keresahan dalam hatinya.

“Nadine, ready in two minutes,” ucap salah seorang krew produksi yang bertugas. Nadine Tasyrif angguk. Dia meletakkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan sebelum membetulkan baju yang dipakai manakala botol mineral yang dipegang tadi diberikan saja kepada Kila.

“Jay, tolong betulkan mekap I,” ucap Nadine Tasyrif bersahaja. Tanpa membuang masa, lelaki yang bernama Jay itu segera menghampiri Nadine Tasyrif untuk membetulkan solekan di wajah Nadine Tasyrif yang mula pudar.

Selesai tugasnya di studio, Nadine Tasyrif cepat-cepat beredar. Langkah kakinya begitu laju sekali mendekati Suzuki Swift putih miliknya yang diletakkan berhampiran Wisma Cemerlang, bangunan yang terletak bersebelahan dengan Studio ETV, Agensi Pesona. Kunci yang berada di dalam tas tangan dicapai sebelum menekan punat. Sepantas kilat Nadine Tasyrif memboloskan dirinya ke dalam perut kereta namun tangan Kila yang tiba-tiba hadir menghalang pintu daripada tertutup rapat.

“Apa hal, beb? Aku nak cepat ni!”

“Aku cuma nak ingatkan tentang jadual kau. Jangan lupa esok kau ada photoshoot di studio Prima Kota untuk cover majalah Letop bulan depan. Tepat pukul sepuluh pagi kau mesti ada di sana. Aku dah arrange semuanya dengan dia orang tau. And one more thing, lepas sesi photoshoot tu, kau mesti gerak ke KLCC untuk raptai fashion show dengan Flora Boutique pukul dua petang. Kemudian sebelah petang pula kau ada sesi tandatangan perjanjian baru dengan Girl and Girl yang dah nak habis kontrak tu pukul lima. Malam pula kau ada dinner dengan wakil agensi Lemon Tea di Hotel Regency tepat pukul lapan malam. Baju-baju kau aku akan uruskan dan…”

“Kila, stop!” potong Nadine Tasyrif sedikit keras. Dia memegang wajahnya lalu ditepuk-tepuk perlahan. Kepalanya mula terasa berat dengan tugas-tugas yang agak banyak serta jadual yang padat seperti yang disebut oleh Kila satu per satu tadi. Pening kepalanya mendengar apa yang Kila ucapkan kepadanya.

“Kenapa?” soal Kila sambil memandang ke arah iPad di tangannya.

“Bilanya aku boleh cuti?” soal Nadine Tasyrif dengan suara seperti hendak menangis. Tapi Kila dah ketawa sakan melihat bosnya menayang muka penuh mengharap.

“Kenapa kau ketawa?” potong Nadine Tasyrif sedikit pelik dengan gelagat pembantu peribadinya itu.

“Kau buat lawak ke apa ni?”

“Lawak apa?”

“Tak adalah… Sepanjang aku bekerja dengan kau, sekali pun aku tak pernah dengar kau sebut pasal cuti. Siap minta aku susun jadual termasuk hari minggu lagi. Tapi sekarang dah ubah fikiran pula? Nak ubah status sebagai seorang workaholic ke?”

“Kau tak akan faham perasaan aku, Kila. Wedding aku tinggal tiga bulan saja lagi. Tapi kerja aku macam tak pernah surut sampai tahun depan. Kau nak tengok aku bersanding sambil buat photoshoot atau pertunjukan fesyen ke?” balas Nadine Tasyrif lemah. Terasa tersindir dek kata-kata Kila tadi.

“Kalau boleh aku nak ambil cuti panjang. Aku nak concentrate on my wedding. Tak naklah nanti pengantin perempuan muka macam Zombi duduk atas pelamin dengan encik tunang. Tak pasal-pasal masuk magazine, masuk portal hiburan, masuk TV… Dah jadi kontroversi pula. Haru weh!” Nadine Tasyrif gosok kepala.

“Okey, faham. Aku dah adjust kau punya jadual. Jangan risau… Sebulan sebelum wedding kau dah boleh cuti tapi sebelum tu kau settlekan dulu semua kerja kau. Lepas ni kalau kau nak pergi honeymoon dengan Raziq sampai ke hujung dunia pun tak ada siapa yang peduli.” Kila tergelak-gelak, sengaja mengusik.

“Hah, aku nak ingatkan kau sekali lagi tentang jadual untuk esok. Nanti aku e-mel dekat kau semua benda supaya kau tak lupa. Lepas tu jangan tak cek e-mel kau pula. Naya nanti! Asyik sibuk fikir wedding, benda yang depan mata nanti terlepas pula. Lepas tu aku juga nak disalahkan!” bebel Kila.

“Oh God, please give me some space!” ucap Nadine Tasyrif sambil memandang ke wajah langit sebelum kedua-dua matanya terpejam bagai mencari kekuatan.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi, Nadine?” Muka Kila berubah garang.

“Dengar.”

“Hmmm… Periksa e-mel tu nanti. Kalau tidak, sia-sia ajelah aku membebel dekat kau ni,” tekan Kila lagi sekadar mengingatkannya. Bukannya apa, dia bimbang sekiranya Nadine Tasyrif terlupa kerana dia tahu benar dengan perangai gadis itu. Kadang-kadang boleh leka dan cuai.

“Yalah-yalah… Aku tak lupa. Nanti aku ceklah e-mel kau tu. Dahlah, aku gerak dululah. Nak call Raziq dulu… Chao!” ucap Nadine Tasyrif sambil memberikan senyuman sekilas lalu mengangkat kening sebelah sebelum menarik pintu keretanya.

Nadine Tasyrif tersengih memandang Kila. Ekor matanya sempat menghantar kelibat Kila menjauh sebelum menghilang. Kemudian dia mencuba sekali lagi untuk menghubungi Raziq. Sekarang bukan masanya untuk dia fikirkan hal kerja. Sekarang dia hanya perlu fikir tentang Raziq yang masih menyepi sejak tadi. Telefon bimbitnya ditenung. Cuma seminit saja telefon bimbitnya sempat melekap ke telinga, tapi harapannya untuk mendengar suara Raziq terus hancur berkecai apabila tiada respons.

“Dia ni membuta lagi ke? Dah tengah hari ni. Tak reti-reti nak jawab call aku ke?” omel Nadine Tasyrif. Rasa bengang sejak tadi masih belum beransur hilang. Pelik juga dengan Raziq. Apa yang tak kenanya sehingga telefon berbunyi pun tidak diangkat? SMS yang dihantar juga tidak dibalas. Payah betul!

“Ni mesti tidur mati. Tahulah petang semalam sampai dari London. Huh, tak boleh jadi ni,” sambungnya lagi sambil membuang satu keluhan kecil. Stereng di hadapan diketuk sedikit untuk melepaskan rasa. Sepantas kilat dia menghidupkan enjin kereta kemudian berlalu keluar dari kawasan Wisma Cemerlang.

Jalan raya yang sedikit sesak menambahkan geram dalam hati Nadine Tasyrif. Hampir saja keretanya berlaga dengan kereta sebelah yang kelihatan tidak sabar-sabar mahu memintas kereta di hadapan. Nadine Tasyrif menggeleng. Dalam melihatkan gelagat pemandu-pemandu, tiba-tiba hatinya jadi tidak keruan.

Entah mengapa hari ini hatinya cukup berdebar-debar. Tidak seperti biasa. Dia rasakan jantungnya seakan-akan mahu melompat keluar dari badan. Dia sendiri kurang mengerti kenapa dia berperasaan sedemikian. Hendak kata mahu berjumpa dengan Raziq, hari-hari dia berjumpa dengan lelaki itu kecuali seminggu ini dan tak pernah pula dia gelisah sebegini. Seingatnya, sejak kali pertama jatuh cinta kepada Raziq, hatinya tidak pernah berdebar-debar sebegini hebat. Dia mula memegang dadanya dengan sebelah tangan untuk merasa denyutan yang mula tidak seirama. Tak keruan!

Haih, penangan tak jumpa Raziq selama seminggu ke apa ni? Atau penangan bakal pengantin? Macam ni ke rasanya nak naik pelamin? Berdebar tak tentu hala. Rasa rindu, risau, runsing, bimbang, cemas, semuanya silih berganti. Ah, peninglah fikir!

Satu hembusan nafas yang agak kuat pantas dibuang.

Ah, perasaan! Tolonglah berkelakuan baik dengan aku hari ni! bisik Nadine Tasyrif.

Kereta yang dipandunya berhenti di lampu isyarat di sebuah persimpangan. Dia mengambil kesempatan untuk menghubungi Raziq lagi. Mana tahu jika nasibnya baik, pasti Raziq akan menjawab panggilannya. Setelah beberapa saat menunggu, perasaan hampa menghimpit diri.

Dalam hati, dia dapat mengagak bahawa tunang kesayangannya itu mungkin masih tidur. Tidur mati. Dia baru terfikir semalam Raziq ada memberitahunya, sampai saja dia di sini, dia terpaksa berjumpa dengan beberapa klien syarikatnya untuk membuat pembentangan.

Sempat dia SMS Raziq malam semalam dan lelaki itu balas dengan mengatakan yang kerjanya masih belum selesai. Mungkin saja akan berlarutan sampai ke subuh sebelum menghantar laporan penuh hari ini. Haih, kadang-kadang apabila dia mendengar Raziq bercerita tentang kerjanya yang terlalu sibuk, dia berasa risau. Tapi lama-lama dia baru mengerti. Kadang-kadang dia kasihan dengan Raziq yang tak cukup rehat kerana sibuk dengan urusan pejabat.

Dia tersenyum. Apabila mereka dah kahwin nanti, dia akan pastikan Raziq akan perolehi hidup yang lebih teratur. Dia akan jadi seorang isteri yang terbaik untuk lelaki itu. Dia janji dengan diri sendiri yang dia akan bahagiakan Raziq!

Telefon bimbit ditenung lagi.

“Memang sah dia tidur mati ni. Penat sangat buat kerja sampai subuhlah tu!” Nadine Tasyrif mengomel seorang diri. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, dia memecut keretanya selaju yang boleh menuju ke Valleria Condo.

Lif dituju, butang lif ditekan dengan hati berdebar-debar tak sudah. Usai pintu lif terbuka di tingkat 15, dia segera meloloskan diri lalu menuju ke unit kondominium milik Raziq. Loceng di luar pintu ditekan berkali-kali, tapi masih tiada respons. Diketuk-ketuk pula pintu kayu agak kuat bersama harapan yang Raziq akan muncul di sebalik pintu tapi semuanya tidak menjadi nyata. Nadine Tasyrif mengetap bibir untuk melepaskan rasa geram. Tak semena-mena dia memulas tombol pintu sebelum ia terbuka dan terkuak lebar.

“Aik, pintu pun tak berkunci? Lupa ke? Atau…” Suara Nadine Tasyrif terhenti apabila akal jahat mula merencana perkara yang tidak baik.

“Haih, apa aku mengarut ni? Cuba jangan fikir negatif, Nadine!” bebelnya kepada diri sendiri.

Segera langkah kaki diatur kemas menuju ke dalam. Ruang kondo milik Raziq dijejaki. Mata mula meliar memandang sekeliling dengan hati yang sungguh tak enak. Berlawanan dengan akal waras yang memberi amaran supaya berfikiran rasional.

Ruang tamu kelihatan lengang. Kosong. Namun masih tersusun rapi seakan-akan sudah dikemas beberapa minit sudah. Tak ada niat nak berlama-lama di ruang tamu, dia menjengah pula ke ruang makan tapi matanya terbeliak apabila melihat ada beberapa pinggan yang mengandungi sisa-sisa makanan. Mulut dah herot sebelah. Kepala dah menggeleng-geleng.

“Hesy, dia ni. Pinggan tahun bila dibiarkan tak bercuci ni? Raziq… Raziq…” Nadine Tasyrif mula membebel.

Ini yang dia rasa tak sabar sangat nak jadi isteri Raziq. Apabila dah jadi isteri lelaki itu, dia akan pastikan semua kelengkapan Raziq akan terjaga. Tak adalah nak sakit mata tengok meja makan berselerak begini.

Nadine Tasyrif keluar dari ruang makan setelah mengangkat pinggan-pinggan lalu diletakkan ke dalam singki. Kemudian dia cuba memberanikan diri menghampiri bilik tidur Raziq sambil nama lelaki itu dipanggil lagi. Masih tiada jawapan. Akhirnya dengan tekad dia menolak pintu bilik Raziq perlahan-lahan. Dia meninjau-ninjau sekitarnya. Kosong. Ke mana Raziq pergi? Jika Raziq tiada di rumah, mengapa pintu utama tidak berkunci? Adakah Raziq terlupa untuk menguncinya? Nadine Tasyrif kalut mencapai telefon bimbit dari dalam tas tangan lalu menelefon Raziq.

Tak semena-mena, dia terdengar deringan telefon bimbit Raziq bergema dari ruang tamu. Kakinya pantas mengatur langkah ke situ lalu mencapai telefon bimbit Raziq. Kepalanya digaru. Hairan. Mengapa Raziq tinggalkan telefon bimbitnya di atas meja? Ke mana dia pergi?

Pelbagai persoalan menerjah benaknya namun dengan tiba-tiba saja hati Nadine Tasyrif terdetik menyuruhnya melihat bilik tetamu yang terletak bersebelahan dengan bilik utama. Mungkin Raziq berada di situ untuk menyiapkan kerja pejabat atau sedang membuta. Manalah tahu!

Langkahnya diatur berhati-hati. Di dalam kepalanya ligat memikirkan pelbagai macam perkara yang tidak elok pula. Mindanya mula berlegar tentang cerita-cerita ngeri yang dia pernah baca dalam akhbar tentang pembunuhan selepas rompakan di rumah. Ah, janganlah Raziq terlibat!

Langkahnya beku di hadapan bilik tetamu. Dia memandang atas hingga ke bawah pintu sambil menelan liur. Dia berharap agar minda mengarutnya tadi tidak menjadi kenyataan. Dia menelan liur sebelum memegang tombol pintu. Tangannya terasa seram sejuk saat tombol pintu dipulas dan ketika itu juga hatinya semakin berdebar-debar.

Matanya dipejam saat pintu bilik yang nyata tidak berkunci itu dikuak. Perlahan-lahan pintu itu ditolak sehingga memperlihatkan keseluruhan bilik. Namun tidak sampai tiga saat, wajahnya berubah pucat dan nafas ikut tak menentu. Terkejut.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79460/mr-stalker%E2%80%A6-saya-cintakan-awaklah

 

[SNEAK PEEK] MISS YOU MR. ARROGANT

 

9789670890357-medium
EBUKU Miss You Mr. Arrogant Oleh Aliesha Kirana

ZAARA merenung jam dinding di dalam biliknya itu. Sudah menghampiri jam lima petang. Telekung yang tersarung di tubuhnya saat itu pantas dibuka lalu disimpan di tepi katil setelah selesai menunaikan solat asar. Tubuhnya dihempas perlahan ke atas katil. Matanya terasa terlalu berat setelah seharian menguruskan rumah.

Wajah Iman yang sedang nyenyak tidur diusap perlahan lalu dikucup lembut. Dia tidak mahu mengejutkan anak kecil itu. Pejam celik, pejam celik, sudah lebih lima tahun usia perkahwinannya dengan Irham dan sudah empat tahun Allah kurniakan anak kecil itu kepada mereka. Zaara rasa begitu bersyukur kerana dia punya sebuah keluarga yang lengkap walau pelbagai dugaan melanda sebelum ini.

Siapa sangka perkahwinan tanpa cinta dan kerana terpaksa boleh memberikannya sebegitu banyak bahagia yang tidak pernah dia impikan selama ini? Ya, walaupun Irham masih seperti Irham yang dikenalinya lima tahun lalu, masih berlagak, masih tak nak kalah, masih sedingin ais, masih mengekalkan trademark mr. arrogantnya, namun Zaara tahu Irham sayangkan dia.

Kalau tak sayang, tak adalah Irham pernah cuba membuang perangai arrogantnya itu. Tapi Zaara sendiri yang meminta dia berhenti kerana nampak palsu sangat. Sungguh Zaara sudah tidak kesah. Dia sudah terbiasa dengan Irham yang ini. Jadi, dia tidak perlukan Irham yang sebegitu. Irham yang sekarang sudah cukup sempurna bagi seorang Zaara.

IRHAM menjenguk sebelum melangkah perlahan memasuki ruang kamar tidurnya itu. Dia tidak mahu mengejutkan dua insan kesayangannya yang sedang lena tidur. Jam di tangannya dikerling. Sudah menghampiri jam enam setengah petang.

Dia pantas menghampiri Iman sebelum mengucup pipi anak kecil itu. Wajah Zaara yang terlena dipandang seketika. Jelas terpancar keletihan di wajah isterinya itu. Irham mencempung Iman dengan berhati-hati sebelum dibawa ke katil kanak-kanak yang tersedia di sebelah katil bersaiz king itu. Dia meletakkan anaknya dengan berhati-hati sebelum kembali ke katil.

Irham melonggarkan ikatan tali lehernya sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Dia mengengsot mendekati Zaara sebelum baring di sebelah isterinya dengan mengiring menghadap wajah mulus itu. Wajahnya didekatkan dengan wajah Zaara hingga desahan lembut isterinya itu bisa didengar dengan jelas. Tangannya didepang, mendakap Zaara sebelum matanya turut dipejam. Terasa semua keletihan dunia hilang begitu saja saat kehangatan tubuh Zaara meresapi dirinya.

ZAARA terjaga ketika dia merasakan bahunya kian memberat seperti dihempap sesuatu. Matanya dibuka sebelum dia terpanar melihat Irham sedang berbaring di sebelah dengan satu tangan mendakap dirinya. Tangan Irham dialih dengan berhati-hati sebelum dia perlahan. Dia duduk, meraup wajah dan mengikat kembali rambutnya yang sudah kusut. Jam di dinding dipandang seketika kemudian matanya membulat.

“Awak! Bangun, awak!!!” Zaara memanggil Irham sekuat hati membuatkan Irham yang baru saja terlelap, bangun terkulat-kulat.

“Ada apa ni?” Matanya digosok perlahan. Kantuknya masih belum hilang.

“Dah pukul tujuh, awak! Cepatlah bangun solat subuh. Dah lambat ni. Karang awak lambat pergi kerja pula. Saya pun belum solat lagi ni. Astaghfirullahaladzim! Macam mana boleh terlajak tidur ni?” Zaara kelam-kabut lalu pantas turun dari katil.

Belum sempat Zaara membawa langkah ke bilik air, Irham memegang tangan Zaara erat, menghalangnya daripada melangkah.

“Isy, kenapa ni, awak? Dah lambat dah ni.” Zaara kegelisahan. Irham menjeling tajam.

“Sekarang pukul berapa?”

Zaara memandang jam di dinding semula, memastikan yang dia tidak tersilap melihat.

“Betullah dah pukul tujuh.” Zaara yakin.

“Memanglah. Tapi pagi ke petang?” Irham menyoal lagi. Zaara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Irham bingkas bangun dari katil tanpa menunggu Zaara membalas. Tuala yang tersidai di penyangkut segera diambil sebelum memandang Zaara semula.

“Lain kali jangan tidur lepas asar, kan dah jadi gila.” Irham mencuit hidung Zaara sebelum membawa langkah ke dalam bilik air.

Zaara terpinga-pinga. Jam di telefon bimbitnya pula dikerling. Subhanallah, tujuh petang rupa-rupanya! Zaara mengetuk dahinya sendiri.

“KEPALA dah okey?” Irham menyoal saat mereka usai bersolat maghrib berjemaah malam itu. Zaara menarik muncung, tidak suka diusik Irham sebegitu.

“Kalau tak okey lagi, saya nak hantar hospital sakit jiwa, boleh kawan dengan Faisal.” Irham ketawa mengekek.

“Awak! Tak baik tau cakap macam tu.” Zaara geram. Kenapa soal Faisal pula yang diungkit? Dia tak bersalah pun dalam soal ini.

Irham terus ketawa mengekek. Terasa lucu sekali saat mengingati kejadian tadi. Macam manalah tujuh petang boleh disangka tujuh pagi? Ini benar-benar lawak! Muncung Zaara kian panjang saat mendengar tawa Irham yang tidak surut dari tadi. Hatinya benar-benar rasa sebal.

“Saya gurau ajelah.” Irham bersuara tidak lama kemudian setelah tawanya hilang. Dia enggan memanjangkan lagi usikannya. Dia bangun melipat sejadah sebelum memandang Zaara semula.

“Okey, saya minta maaf. Tak payahlah nak muncung macam tu sekali. Saya sangkut sejadah dekat bibir awak tu baru tahu.”

Zaara mendengus geram sebelum ikut bangun membuka telekung yang tersarung di kepalanya. Dia langsung tidak membalas kata-kata Irham. Bukan boleh dilayan usikan suaminya itu. Karang makin galak dia mengusik.

“Jom, teman saya makan.” Irham menggenggam erat tangan Zaara sebaik isterinya itu selesai menyangkut telekung dan sejadahnya. Dia menarik tangan isterinya keluar dari bilik dan cuba memujuk isterinya yang masih mencuka.

“Makanlah sorang-sorang.” Zaara langsung tidak memandang ke arah Irham.

“Janganlah macam tu. Tak kesian dekat saya ke? Dari tadi saya tak makan apa-apa tau.” Irham cuba memancing dengan ayat meminta simpati. Perutnya ditekan tanda dia kelaparan. Zaara cuma diam memerhati, tidak memberi sebarang reaksi.

“Jomlah!” Irham tersengih lalu menarik tangan Zaara membuatkan Zaara tidak punya pilihan lagi. Irham tahu panas dalam hati Zaara sudah surut sebaik melihat wajah cemberut isterinya itu sudah kembali normal walau senyuman belum bisa terukir.

“Awak ni jahat, kan!” ucap Zaara sebelum bahu Irham ditampar sepantas kilat. Dia membawa langkah untuk turun ke dapur, ingin memanaskan semula lauk-pauk yang dimasaknya hari ini. Dia meninggalkan Irham terpinga-pinga sambil menggosok bahunya yang pedih.

“IMAN buat apa dekat rumah hari ni?” Irham sibuk melayan anak kecilnya itu di hadapan televisyen. Zaara sibuk di dapur, mengemas selepas selesai makan malam.

“Main game.” Iman mendongak memandang bapanya yang sedang meribanya saat itu.

“Game apa?”

“Game lari-lari dekat keretapi. Game penyek semut. Game Pou,” petah anak kecil itu menjawab membuatkan bibir Irham automatik mengukir senyum.

“Iman main game aje hari ni?” Irham mengucup ubun-ubun Iman sebelum mengusap lembut rambut anaknya. Iman menggeleng.

“Mama bawa pergi supermarket. Beli ikan.” Mulut itu masih laju berceloteh dalam pelatnya yang pekat. Irham mengangguk sebelum berpaling mencari kelibat Zaara yang masih tidak kelihatan. Dari jauh Irham dapat melihat Zaara sedang asyik membasuh pinggan mangkuk. Hatinya jatuh kasihan melihat isterinya itu masih sibuk di dapur saat itu. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Anak kecilnya itu dibiarkan menonton sendirian sementara dia melangkah masuk ke dapur menghampiri Zaara.

“Sudahlah, sambung esok pula.” Irham bersuara di tepi telinga Zaara.

“Oi, mak terkejut!” Zaara melatah membuatkan dia terhempas pinggan ke dalam singki. Dia berpaling melihat Irham dengan wajah geram.

“Isy, awak ni!!! Tak buat saya terkejut tak sah ke?” Hatinya sebal. Mujur pinggan itu tidak pecah. Pinggan itu dikutip semula sebelum dibilas kembali.

“Macam tu pun nak terkejut. Teruk sangat latah awak ni. Dah macam Mak Enon saya tengok.”

“Mana ada!”

“Hah! Tengok. Muka pun dah sama.”

“Isy, awak!” Zaara geram. Lengan Irham dicubit membuatkan Irham mengaduh.

“Sakitlah! Tangan macam ketam!”

“Siapa suruh cakap macam tu?”

“Itu pun nak marah. Betul apa saya cakap.”

“Eee, geramnya. Dah, pergilah depan. Yang kacau saya dekat dapur ni kenapa?”

Irham diam. Air paip yang masih laju mengalir segera ditutup.

“Dah, pergi tidurkan Iman lepas tu tidur. Sambung esok aje kerja ni semua.”

“Eh, mana boleh tinggal kerja sekerat jalan macam ni. Tak baiklah, awak. Kejaplah. Lagi sikit nak siap dah.” Zaara ingin membuka paip air semula namun segera dihalang Irham.

“Saya cakap tak payah, tak payahlah. Dah, pergi tidurkan Iman.”

Zaara mengeluh. Dia memang tak mampu nak lawan arahan tuan besar seorang ni.

“Yalah. Saya pergilah ni.” Zaara ingin melangkah namun dia teringatkan sesuatu. Langkahnya mati. Wajah Irham dipandang semula.

“Eh awak, minggu ni saya nak balik kampung, ya. Dah lama tak jenguk ibu dengan ayah. Awak ikut sekali, ya.”

“Tak boleh. Sibuk,” pendek Irham membalas membuatkan Zaara mencebik.

“Alah, ambillah cuti.”

“Kan saya dah cakap tak boleh. Banyak kerja dekat ofis tu. Tak faham ke?” Jawapan Irham itu membuatkan bibir Zaara menarik muncung panjang.

“Yalah. Saya dengan Iman balik sendiri, awak pergilah kerja tu.”

“Esok saya hantar awak balik kampung. Nanti hari Ahad saya datang ambil.” Irham menerangkan rancangannya kepada Zaara. Zaara buat tidak dengar sahaja. Dia segera melangkah keluar dari dapur dengan wajah mencuka. Irham tersenyum sendiri sebelum matanya jatuh pada pinggan mangkuk di dalam singki. Kemudian lengan baju Melayu yang dipakainya disingsing. Dia kembali membuka paip lalu menghabiskan baki pinggan mangkuk yang masih belum dibilas di dalam singki itu.

“KAMU tak tidur sini ke Irham?” soal Haji Zaidi saat Irham bersalaman dengannya. Ketika itu Irham meminta diri untuk pulang petang itu selepas menghantar Zaara dan Iman ke kampung.

“Orang tu sibuk kerja, ayah. Mana ada masa.” Zaara memerli dari belakang.

Isy, bukannya nak cover aku! bisik Irham dalam hati. Dia membeliakkan matanya memandang Zaara dengan rasa tidak puas hati.

“Janganlah kerja teruk sangat sampai tak ada masa untuk berehat, Irham. Sekali-sekala tidurlah sini, rehatkan fikiran.”

“Hari ni memang tak boleh, ayah. Insya-Allah, nanti Irham datang balik.” Irham memaniskan mukanya, enggan membuatkan bapa mentuanya itu terasa.

“Yalah. Ayah faham. Jaga diri kamu.” Haji Zaidi menepuk bahu menantunya itu. Dia cuba mengurangkan rasa bersalah dalam hati Irham.

“Saya balik dulu.” Irham menghulur tangan ke arah Zaara. Zaara sambut tangan Irham tanpa memandang wajah suaminya itu. Hatinya masih terasa namun dia tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz dengan tidak melayan Irham.

“Bawa kereta elok-elok,” pesan Zaara.

“Awak pun jaga diri.” Irham sempat berpesan sambil mengusap kepala Zaara sebelum bingkas memasuki perut keretanya.

****

IRHAM merenung jam di pergelangan tangannya sekali lagi. Masa yang berlalu terasa begitu lambat sekali. Dari tadi dia kegelisahan macam cacing kepanasan, menanti detik untuk pulang kerana ada agenda yang dia mahu selesaikan. Walaupun dia CEO kepada syarikat ini, namun itu bukanlah tiket percuma untuk dia pulang atau keluar sesuka hati. Dia harus menjadi contoh kepada para pekerja dan bukannya menyalahgunakan kuasanya.

“Irham…” Satu suara garau menerpa gegendang telinganya membuatkan Irham lekas mengangkat muka. Seraut wajah tua itu tersenyum kepadanya saat mata mereka bertentangan.

“Papa buat apa datang ke ofis ni?” Irham bersuara sebaik melihat wajah itu. Sejak Irham mengambil alih syarikat beberapa tahun lalu, papanya sudah jarang datang ke pejabat. Tapi entah kenapa hari ini papanya muncul, dia sendiri tidak pasti.

“Saja nak tengok keadaan pejabat. Dah lama rasanya papa tak menjengah.” Susuk tubuh itu melangkah masuk ke bilik pejabat Irham sebelum mengambil tempat di atas sofa bersebelahan meja Irham.

“Papa kan tak berapa sihat, papa rehat sajalah dekat rumah. Irham boleh uruskan semuanya, pa.” Irham turut melangkah ke sofa lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia menghadap papanya dengan penuh rasa hormat.

Tan Sri Zahir tersenyum. Dia tahu anak lelakinya itu memang boleh diharap untuk menjaga syarikat itu, namun bukan itu tujuannya datang ke pejabat hari ini.

“Papa percaya pada kebolehan kamu, Am. Cuma…” Tan Sri Zahir berjeda seketika sambil merenung jam di tangan. Baru pukul sembilan setengah pagi.

“Papa tahu kamu nak balik kampung Zaara hari ini. Papa datang ni nak tolong tengokkan ofis.” Wajah Irham berubah sebaik mendengar kata-kata papanya. Perlahan bibir Irham mengorak senyuman lebar.

“Ya ke ni, papa? Macam mana papa tahu?” Irham menyoal dalam nada teruja. Tan Sri Zahir tersenyum. Dia sudah mengagak perkhabaran itu menggembirakan anaknya.

“Mama kamu yang beritahu papa. Alang-alang papa tak ada program hari ini, tak salah kalau papa tolong kamu uruskan syarikat, kan?”

“Molek sangat tu, papa.” Irham tersengih. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. Memang dari tadi dia asyik menghitung detik untuk pulang.

“Tapi tak menyusahkan papa ke?” Irham menyoal semula, gusar.

“Tak apa, kamu jangan risaulah. Sebelum papa serahkan syarikat ni dekat kamu, sudah tiga puluh tahun papa uruskan syarikat ni sendirian. Setakat tolong urus hari ni, small matter.” Irham ketawa kecil mendengar kata-kata papanya.

“Terima kasih, papa. Hari ini tak ada perkara penting sangat pun untuk diuruskan. Cuma pukul tiga nanti ada dua orang akan datang untuk temu duga jawatan pegawai pemasaran. Itu saja.” Irham mengingatkan sebelum dia sendiri terlupa.

“Tak apa. Kamu baliklah, Irham. Kalau ada hal penting nanti, Hani akan inform papa sendiri.” Irham mengangguk tanda mengerti sebelum mengemaskan barangnya.

“Kalau ada apa-apa, papa call aje Irham, okey?”

Tan Sri Zahir mengangguk perlahan bersama senyuman di wajah. Dia enggan membuang masa Irham yang memang sudah kelihatan begitu teruja untuk pulang.

“Terima kasih, papa.” Irham bersuara ketika melangkah keluar dari biliknya itu dengan pantas.

Zaara, aku datang!!! Irham menjerit dalam hati.

“UHUK… Uhuk…” Zaara yang sedang menghirup kopi panas di dalam cawannya tiba-tiba tersedak. Perit tekaknya saat itu membuatkan wajahnya berubah kelat.

“Kenapa ni, Zaara? Kamu tak apa-apa ke?” Hajah Amina menggosok perlahan belakang Zaara.

“Zaara okey, ibu. Tersedak sikit aje.”

“Itulah, jangan minum laju sangat. Kopi tu panas lagi.” Hajah Amina mengomel melihat keculasan anaknya itu.

“Zaara minum perlahan-lahan dah tadi ibu, tapi entah kenapa boleh tersedak juga.” Zaara mempertahankan dirinya sambil mengelap sisa air yang tumpah dengan tisu.

Hajah Amina menggeleng perlahan. Lucu melihat wajah anaknya yang enggan mengaku salah.

“Yalah tu, Zaara. Laki kamu rindukan kamulah tu kut.” Sengaja Hajah Amina mengusik apabila melihat Zaara sudah kembali menghirup kopi panas itu.

Sekali lagi Zaara terbatuk-batuk saat terdengar kata-kata ibunya. Hajah Amina ketawa mengekek melihat gelagat anak tunggalnya itu sambil menggeleng.

“Zaara… Zaara… Perangai tak berubah.”

“Ibu ni suka merepek masa orang tengah minum, kan?” Zaara tak henti mengurut dada, cuba melancarkan kembali pernafasannya yang terganggu.

“Betul apa ibu cakap.” Hajah Amina bersuara sambil tangannya menguis-nguis bihun goreng di atas pinggan.

“Tak ada maknanya dia nak rindukan Zaara ni, ibu. Dia tu asyik sibuk dengan kerja dia aje sampaikan nak ajak balik kampung pun susah.” Zaara mengomel, mulutnya sudah muncung sedepa.

“Isy, kamu ni Zaara… Tak baik cakap macam tu. Irham tu kerja keras untuk kamu juga. Bukan kamu tak tahu, dia tu kan suka balik kampung. Cuma bila dah sibuk sangat yang dia tak mampu nak ikut kamu balik.”

Zaara berjeda sendiri sambil menghirup kopinya semula.

“Kerja keras sampai lupa anak bini.” Zaara bersuara perlahan hingga hampir tidak kedengaran.

“Hah, cakap pasal anak, cuba jenguk Si Iman tu. Entah-entah dah bangun.” Hajah Amina mengingatkan Zaara.

Zaara tergamam seketika sebelum kepalanya sendiri diketuk. Sedap aje cakap Irham lupa anak bini, dia sendiri yang terlupa pasal Iman. Aduh!

ZAARA membuka pintu bilik sederhana besar itu dengan perlahan dan berhati-hati. Dia tidak mahu mengejutkan Iman andai anaknya itu masih tidur.

“Morning, mama,” petah si anak bersuara saat Zaara menjenguk di muka pintu.

“Iman dah bangun?” Zaara terkejut ketika melihat anak kecil itu merenungnya dengan senyuman manja. Ada Tablet di dalam genggaman anak kecil itu.

“Hmmm…” Mulut mungil itu bersuara halus namun matanya tak lepas daripada merenung Tablet.

Zaara melabuhkan punggungnya ke atas tilam sebelum merenung kembali anak kecil yang seolah-olah tidak terkesan langsung dengan kehadirannya. Perlahan Tablet di tangan anak kecil itu dicapai sebelum wajah itu ditatap penuh sayang. Iman yang terkejut pantas memandang ibunya, tidak puas hati.

“Sudah, pergi mandi dulu lepas tu sarapan. Nenek dah masak sedap-sedap tu. Iman tak lapar ke bangun-bangun terus menghadap Tablet?”

“Ala… Cejukkklah, mama,” balas Iman dengan pelatnya yang masih belum hilang.

“Dah, jangan nak mengada-ada. Kalau sejuk, Iman basuh muka dan gosok gigi dulu. Mama bancuhkan susu coklat untuk Iman, okey?”

Wajah yang sudah cemberut itu kembali tersengih saat minuman kegemarannya disebut si ibu. Dengan langkah berat, Iman menuju ke bilik air di belakang rumah sambil diperhati oleh Zaara. Walaupun anak kecil itu pandai berdikari, namun Zaara tetap mengambil langkah berhati-hati. Dia bimbang apa-apa terjadi kepada anak tunggalnya itu.

“Ahhh… Cejukkk!” kedengaran Iman menjerit sebaik air kolah mencecah mukanya. Zaara yang menunggu di luar bilik air, ketawa kecil.

“Perangai sebiji macam papanya. Hesy!” Zaara mengomel sendiri tanpa menyedari senyuman sudah kembali terukir di bibirnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79452/miss-you-mrarrogant

[SNEAK PEEK] YANG PERNAH TERLUKA

9789671226759-medium
EBUKU Yang Pernah Terluka Oleh Hana Efriena

MERLISSA berpaling kepada teman baiknya, Fakhirah apabila lengannya disiku gadis itu. Mata dijongketkan berkali-kali tanda menyoal. Fakhirah memuncungkan bibirnya ke arah depan dengan wajah berkerut cuak. Merlissa buat muka pelik sembari tertawa lucu melihat muncung itik itu.

“Kau kenapa ni?” soal Merlissa langsung tak memahami bahasa tubuh itu. Fakhirah masih lagi memuncung-muncungkan mulutnya. Menyedari akan maksud yang ingin disampaikan oleh temannya, mata segera dilarikan memandang pada arah yang ditunjukkan.

“Bala dah datang, Lissa. Cabutt…” ujar Fakhirah cuak. Sudah berkali-kali dia nasihatkan Merlissa supaya tidak meneruskan hobinya yang satu itu, tapi gadis itu berdegil. Apatah lagi… melihat wajah mencuka lelaki yang kini sudah berdiri tegak di hadapan mereka berdua.

“Lissa, siapa ni?” soal lelaki di sebelah Merlissa pula yang masih asyik mengusap-usap jemari halus Merlissa. Merlissa senyum segaris memandang wajah kacak lelaki itu sebelum mata dialihkan kepada wajah tegang Nadzril.

“Kau tanya aku siapa? Kau tu yang siapa?” herdik Nadzril pula. Namun, Merlissa buat muka tak bersalah. Perlahan dia menarik tangannya daripada genggaman erat lelaki di sebelahnya, Farid. Fakhirah sudah membatu tanpa kata.

“Come on, guys. Tak payah memekak kat sini, boleh tak?” Merlissa bertutur perlahan. Siswa-siswi yang lain sudah curi-curi pandang ke arah mereka. Aduh, beginilah jadinya kalau sudah menjadi rebutan. Nadzril tanpa kata terus melelar pergelangan kecil Merlissa. Terjerit jugalah Merlissa dibuatnya apabila tubuhnya didorong untuk mengekori langkah itu. Dia menampar-nampar lengan sasa itu.

“Hei Nadz, apa ni main tarik-tarik? Sakitlah!!!” marah Merlissa kuat.

Dan seperti yang dia sudah agak, Farid takkan berdiam diri sahaja melihat kekasih hati dibawa pergi. Pemuda berpangkat anak Datuk itu juga turut menyaingi langkah mereka. Fakhirah pula masih terkulat-kulat di meja yang diduduki mereka bertiga tadi.

“Bro, lepaskan girlfriend aku kalau kau tak nak penumbuk ni singgah kat muka kau,” ugut Farid sembari menolak bahu Nadzril kuat.

Nadzril tergelak sinis. Girlfriend konon? Puih. Merlissa miliknya. Sudah lama mereka menjalinkan hubungan cinta. Sekarang, lelaki bangsat ini senang-senang hendak mengaku Merlissa kekasihnya pula? Ah, langkah mayat aku dulu baru orang lain boleh ambil Merlissa, getus hatinya sebal bersama pegangan yang masih kejap pada pergelangan kecil Merlissa.

“Woo… woo… Jantan bangsat dah mengaku awek aku kekasih dia pula,” sindir Nadzril tajam. Merlissa yang di tengah-tengah hanya mampu terkebil-kebil. Aduh, dah macam babak Hindustan dah aku ni, omel hati kecilnya.

“Kau cakap apa ni, bodoh???”

Farid terus berang. Kolar baju Nadzril dicekak kasar. Nadzril tergelak sinis. Merlissa garu kepalanya yang tidak gatal menggunakan sebelah lagi tangan yang lepas bebas.

“Apa yang aku cakap, itulah yang kau dengar. Merlissa kekasih aku, milik aku dan jangan kau berani-berani nak mengaku dia kekasih kau pula!” jerkah Nadzril lagi.

Saat ini, gegendang telinga Merlissa seakan-akan ingin pecah sahaja. Frekuensi suara kedua-dua pemuda ini memanglah tersangat tinggi. Sejenak, Farid pula yang ketawa sakan.

“Kekasih?” soal Farid sinis. Merlissa sudah mula telan liur. Wajah berkerut Nadzril dipandang dengan wajah bersalah.

“Apa maksud kau soal aku macam tu???” Keras suara Nadzril menyoal. Tajam matanya dengan rahang bergerak-gerak mengepung amarah.

“Kau buka telinga kau tu besar-besar… aku dan Merlissa dah jadi pasangan kekasih sejak setahun yang lepas. In fact, kami dah rancang nak bertunang dah pun,” tukas Farid masih lagi bernada sinis.

Dum! Spontan, pautan tangan yang mengikat mati tangan kecil itu terlerai. Dia memegang bahu Merlissa. Kejap!

“Apa semua ni, Lissa? Apa?” soal Nadzril dengan suara yang dah bergetar. Farid yang memerhati hanya tersenyum sinis.

“Lissa, better you terangkan hubungan kita kepada lelaki pengemis cinta you ni,” hina Farid kepada Nadzril. Namun, Nadzril tika ini tidak berminat mahu mendengar suara lain melainkan penjelasan daripada seorang yang bernama Merlissa Umairah.

“I… I tak tahu nak cakap macam mana,” getus Merlissa dengan wajah menunduk.

Sungguh, inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi tegang sebegini. Selama ini, dia seronok mempermainkan perasaan lelaki. Tapi… tidak ada seorang pun yang bersikap serius dalam memburu cintanya seperti Nadzril. Semua lelaki yang pernah dipermainkannya ternyata sama sahaja dengan dirinya. Semuanya playboy dan dia ialah playgirl kampus UiTM, Seri Iskandar. Gelaran yang dah bertahun-tahun disandang sementelah dia sudah pun melangkah ke tahap lebih serius bersama Farid.

“Lissa, tell me. Apa yang jantan ni cakap? Tunang? Since when, Lissa? Kita baru saja enam bulan jadi pasangan kekasih. Macam mana pula jantan ni mengaku dia dah berpacaran dengan you lebih setahun yang lepas???” Bertalu-talu soalan itu menyentak benak Merlissa. Dia tergamam. Lidahnya kelu.

“Hei bodoh, kalau kau ni betul-betul kenal Lissa, dia tak pernah serius dengan mana-mana lelaki. Dia tu cuma playgirl kampus ni. Kau dan lelaki-lelaki lain yang pernah jadi mangsanya cuma tempat dia berhibur bila aku tak ada. Siapa lagi, Lissa? Hah… Mukhriz, Danial, Ameer. Lelaki-lelaki hot kat kampus ni semua dah pernah jadi mangsa dia. Kau faham tak?” Farid melontar kata ibarat orang yang tiada akal.

Tidak marahkah dia mengetahui Merlissa punya kekasih lain? Sedangkan aku, perih dan sakit hati melihat lelaki lain bertegur sapa apatah lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan kekasih hati. Rambut dilurutkan kasar.

Tak, tak mungkin. Lissa takkan buat aku macam ni. Aku tunggu dia bukan sebulan, bukan dua bulan. Tapi… tiga tahun. Semenjak dia berada di peringkat diploma lagi. Allah… benarkah apa yang aku dengar?rintih hatinya.

“Lissa, apa salah Nadz? Apa dosa Nadz?” soal Nadzril perih lalu melorot jatuh.

Entah kenapa, Merlissa turut sama sebak mendengarkan rintihan penuh sayu itu. Wajah mendung Nadzril dipandang dengan rasa bersalah. Tak pernah dia rasa bersalah sebegini apabila mempermainkan kaum Adam. Sungguh, sedih dalam hati melihat wajah tampan Nadzril meskipun dia tahu dan yakin… tiada cinta buat lelaki itu.

“Lissa minta maaf, Nadz. Maafkan Lissa,” pinta Merlissa. Hanya itu yang dia mampu cakap.

Wajah Nadzril yang dah mula bergenang dengan air mata mendongak perlahan memandang wajah ayu dengan rambut mengurai panjang. Merlissa tersentak. Ada air mata menghiasi wajah tampan itu. Benar-benar terlukakah Nadzril dengan kenyataan ini? soal hatinya.

“Nadz sayangkan Lissa sepenuh hati Nadz. Kenapa, sayang? Kenapa buat Nadz macam ni? Tak ada langsung ke rasa sayang Lissa buat Nadz? Nadz tak kuat. Tak kuat nak terima hakikat cinta Nadz dipermainkan,” rintih suara itu sambil mula diselangi esak kecil. Hampir tubuh Merlissa rebah menyaksikan panorama itu.

“Hei, kau jangan nak buat drama air mata depan akulah. Sayang… jom ikut Far!” tegas Farid, mula hendak mencapai lengan si gadis. Namun, Merlissa menepis lembut.

“Lissa nak cakap dengan Nadz kejap. Kalau Far sayang Lissa, tolong bagi Lissa cakap dengan dia. Berdua tanpa Far,” pohon Merlissa. Farid mendengus kasar. Huh! Merlissa yakin Farid akan memberi kebenaran kerana lelaki itu amat mencintainya.

“Far bagi Nadz cakap kejap aje. Bila dah selesai, cari Far kat tempat biasa,” tukas Farid mengalah dan Merlissa tarik senyum.

“Terima kasih, Far,” balas Merlissa.

“Dan kau jantan, jangan kau nak melebih dengan bakal tunang aku.” Farid sempat memberi amaran keras sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dua insan itu dengan hati mendongkol geram.

“Nadz, ikut Lissa kejap,” gamit Merlissa.

Nadzril pandang wajah itu dengan rasa sayang yang berkepuk-kepuk. Entah kenapa, langsung tidak ada rasa benci buat Merlissa. Walhal, gadis itu ialah orang yang sama merenggut pergi kesetiaannya. Perlahan-lahan, dia bangkit. Tapi, benarkah semua itu? Hanya Nadzril yang mengetahui kebenarannya.

MERLISSA duduk di sebuah bangku kecil. Wajah sayu Nadzril ditentang dengan perasaan bersalah yang dah mula menunjal-nunjal sanubari.

“Maafkan Lissa.” Sebaris ayat pembuka bicara sekaligus memecahkan keheningan ruang yang agak terlindung dari kelibat siswa-siswi.

“Kenapa buat Nadz macam ni?” Soalan dilontarkan kepada Merlissa. Jelas, Merlissa nampak beku hendak menjawab.

“Lissa tak tahu macam mana nak jelaskan. Tapi… memang salah Lissa. Memang salah Lissa,” luah Merlissa penuh emosi.

“Jadi, jelaskan kepada Nadz salah Lissa. Apa dosa Nadz? Kenapa permainkan hati Nadz? Perasaan Nadz?” Nadzril turut emosi. Wajah Merlissa ditentang tajam. Merlissa gigit bibir untuk seketika.

“Untuk suka-suka,” balas Merlissa akhirnya. Nyata, Nadzril terhenyak mendengarkan jawapan itu. Pedih ulu hatinya. Jadi, selama ini lakonan Merlissa sekadar untuk suka-suka? Siapa dirinya? Sebuah permainankah? Hanya untuk menghilangkan bosan?

Nadzril meramas kasar rambutnya. Jelas tertekan.

“Jadi, siapa Farid dalam hidup Lissa?” soal dia geram.

“Bakal tunang dan juga mungkin bakal suami,” getus Merlissa tenang. Benarkah Farid ialah jodohnya? Ah, dia sendiri tidak pasti.

“Lissa!” tengking Nadzril sedikit naik angin dengan jawapan selamba Merlissa.

“Itu kenyataannya, Nadz.” Dia menjawab lagi.

Masih bernada sama. Tenang!

“Ya, kenyataan yang menyakitkan hati Nadz. Jadi, memang betullah tiada rasa sayang untuk Nadz?” soal Nadzril lagi. Sedikit mendesak.

Perlahan-lahan Merlissa geleng tanda menafikan. Anak mata Nadzril bersinar-sinar melihat pengakuaan itu. Nampaknya dia masih ada peluang, detik hatinya ceria namun tak kekal lama apabila…

“Lissa sayang Nadz. Tapi… sayang seorang teman buat temannya.”

Zap! Pedih jiwa Nadzril menelan hakikat itu.

“Sampai hati, Lissa,” getus Nadzril sayu. Wajah kembali ditundukkan memandang rumput-rumput hijau. Dengan teragak-agak, Merlissa sentuh tangan sasa itu. Nadzril nampak terkejut tapi wajahnya langsung tidak diangkat.

“Nadz… Nadz baik. Baik sangat. Nadz nyata berbeza dengan lelaki yang Lissa kenal. Hati Nadz luhur. Dan percayalah… Nadz akan dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada Lissa. Lissa tak layak untuk Nadz.” Merlissa memujuk. Tiba-tiba Nadzril merentap kasar tangannya lalu berdiri tegak. Merlissa terkesima.

“Siapa Lissa untuk tentukan siapa yang layak untuk Nadz? Siapa? Huh… Nadz jauh berbeza daripada lelaki yang Lissa kenal. Berapa ramai lelaki yang Lissa ada?

Cakap kepada Nadz! Cakap!!” soal dia garang. Merlissa terkejut lalu berdiri tegak menentang panahan tajam itu.

“Nadz, jangan hina Lissa macam tu!” Lantang suara Merlissa membalas.

“Nadz tak hina. Nadz bercakap perkara yang benar. Masih ingatkah Lissa tentang kata-kata Nadz dulu?” soal dia mulai tenang. Merlissa kerutkan kening. Seketika,

Nadzril ketawa yang jelas dibuat-buat.

“Tentu Lissa takkan ingat apa sahaja yang berkaitan dengan Nadz. Siapalah Nadz ini,” balas dia dengan wajah terluka. Merlissa cuba tahan sebak melihat perilaku lelaki itu. Maafkan Lissa, Nadz, detik hatinya.

“Nadz akan ingatkan Lissa.” Nafas dia tarik panjang sebelum dia kembali berbicara. “Nadz pernah cakap yang Lissa nyawa Nadz. Nyawa dan nadi Nadz. Hilangnya Lissa ibarat membawa pergi nyawa Nadz. Tak dapat digambarkan betapa Lissa ialah mesin hayat Nadz. Jauhnya Lissa bermakna lemahlah denyutan nadi ini. Dan hilangnya Lissa, maka terpisahlah roh dari jasad,” ujar Nadzril berteka-teki.

Merlissa kerutkan wajah. Langsung tidak menangkap bait kata-kata itu. Rahsia yang tersembunyi di sebalik kata-kata itu.

“Apa maksud Nadz?” soal Merlissa buntu. Nadzril tersenyum kecil bersama mata yang memerah menahan tangis.

“Suatu hari nanti Lissa akan faham. Nadz nak tegaskan, Lissa nyawa Nadz, nadi Nadz sampai bila-bila. Nadz sayangkan Lissa. Dan andai suatu hari nanti Lissa dapat tahu Nadz sudah pergi jauh, ketahuilah Nadz dah maafkan kesalahan Lissa kepada Nadz. Jaga diri Lissa dan izinkan Nadz bawa kenangan kita dahulu. Nadz pergi dulu,” luah Nadzri seraya berpaling hendak melangkah. Merlissa langsung tidak menangkap maksud di sebalik kata-kata itu. Baru Nadzril berpaling, Merlissa melelar tangan sasa itu.

“Maafkan Lissa. Maafkan Lissa,” pinta Merlissa tanpa dapat membendung kesedihan. Setitis air mata gugur.

Dan tanpa berpaling menghadap wajah si dia yang dah mencuri hatinya, Nadzril mengangguk tanda dia sudah memaafkan lalu langkah kembali diatur. Merlissa terjelepok. Entah kenapa, dia dapat rasa hari ini bakal menjadi hari terakhir dia bersama Nadzril.

Ah, perasaan apakah ini? detik hatinya buntu diiringi tangisnya yang dah mula lebat mencurah-curah. Teganya aku lukakan hati Nadz. Sesal Merlissa tiada gunanya lagi.

Tanpa pengetahuan semua… di sebalik pohon rendang, kejadian itu diperhatikan oleh sesusuk tubuh tegap dengan mata yang jelas menahan marah. Penumbuk dikepal kuat.

Kau akan dapat balasannya, Lissa. Kau tunggu pembalasan daripada aku, bisik hati figura itu lalu dia turut melangkah pergi dengan membawa dendam kesumat.

****

SYED ADRYAN FIRDAUS menggeleng kesal melihat wajah sugul itu. Langsung tidak mahu bercakap dengan orang lain. Sibuk dengan dunia khayalannya saja. Sesekali, wajah yang dulunya pernah menjadi kegilaan siswi UiTM Seri Iskandar ini tersenyum. Kadang-kadang tergelak seorang diri. Dan akhirnya wajah itu menangis. Ya Allah… begitu hebat penangan cinta seorang gadis bernama Merlissa Umairah. Mengenangkan sebaris nama itu, giginya berlaga atas dan bawah. Jahanam kau, Lissa, jerit hatinya geram dengan wajah memerah.

“Fir…” Suara seseorang membawa mata Firdaus terpaku kepada sesusuk tubuh yang sudah semakin cengkung itu. Firdaus berdiri sambil memaut tubuh yang tampak lemah itu. Nadzril tersenyum.

Inilah sahabatku, sahabat yang masih setia memberi kata-kata semangat buat diri ini. Tapi… ia jelas sia-sia dibawa angin yang berpuput lembut. Dirinya sudah tidak berguna lagi. Bukan saja disebabkan cintanya dipermainkan Merlissa, tetapi akan sesuatu hakikat yang tidak pernah diketahui sesiapa pun. Hanya diri kerdil ini menanggung beban itu sendirian.

“Nadz… Kenapa kau macam ni, Nadz? Kenapa seksa diri?” Firdaus bersuara pilu lalu mengambil tempat di hadapan Nadzril. Nadzril tersandar lemah.

“Aku okey, Fir. Kau jangan risau,” balas Nadzril sembari tersenyum. Senyuman yang jelas hambar dan kelat.

“Okey apa macam ni? Okey bila kau baru ditendang daripada UiTM? Okey bila tubuh dan wajah kau cengkung bagaikan mayat hidup? Okey bila kau tak dapat nak capai cita-cita kau jadi seorang mahasiswa yang memegang segulung ijazah? Nadz, lagi dua bulan kita nak tamatkan belajar. Tapi… kau tengoklah sendiri macam mana. Aku tak tahu macam mana lagi nak nasihatkan kau. Aku sedih… Aku sedih tengok kawan baik aku macam ni,” luah Firdaus penuh emosi. Tangan dipekupkan ke wajah. Cuba membendung sedih.

Tiba-tiba, bahunya dipeluk kejap. Lantas, dengan wajah sayu dia mendongak.

“Fir… aku sakit,” luah suara itu sambil menahan air mata jantannya daripada gugur.

Firdaus mula rasa naik angin. Ya, kau sakit sebab betina tak guna tu, pekik batinnya penuh dendam. Bingkas dia bangun. Dadanya berombak ganas.

“Memang, aku sendiri boleh nampak kau sakit. Kau sakit sebab betina tu. Jiwa kau sakit sebab cinta kau dipermainkan. Kalau betina tu ada depan mata aku, memang tahulah aku nak ajar dia. Ingat hati kita sebagai lelaki ni, hati lembu ke apa???” bentaknya marah.

“Nadz… bukan salah Lissa,” tegur Nadzril hiba.

Firdaus semakin berang. Semenjak dua bulan lepas, itulah yang keluar dari bibir Nadzril. Bukan salah Lissa… Bukan salah Lissa. Habis, salah siapa??

“Habis salah siapa?? Salah aku??” tengking Firdaus, mula rasa amarahnya memuncak.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79420/yang-pernah-terluka

 

[SNEAK PEEK] JANGAN BENCI CINTAKU

9789671192597-medium
EBUKU JANGAN BENCI CINTAKU Oleh Emy Roberto

AFEEQA tersenyum manis pada gadis yang memakai tag nama Nurul di depan mata. Dalam kepalanya mengagak, ni mesti salah seorang daripada pekerja Shahrizal.

“Selamat pagi, cik.”

“Selamat pagi.” Salam Nurul dijawab Rafeeqa sopan. Berlagak tenang bila semua mata bertumpu kepadanya. Bukan nak perasan tapi dengan pakej lengkap yang dia ada, Rafeeqa mudah mencuri perhatian.

Ketinggian 168 cm dengan tubuh langsing.

Square haircut dengan fringe diselak ke kiri.

Wajah berbentuk bujur dengan kulit mengalahkan model SKII.

Hidung separa mancung dan mata bundar yang berwarna hitam.

Sesiapa pun yang pandang kali pertama pasti akan menoleh untuk kali kedua. Makhluk ciptaan Tuhan yang bernama Rafeeqa Huda memang cukup sempurna di mata. Belum lagi ditambah dengan fesyen up-to-date yang boleh buat orang tua geleng kepala dan orang muda terbeliak mata.

Masuk ke dalam lif tadi, ada yang memandang dengan senyuman dan ada pula yang memandang dengan muka sinis.

Yang senyum ikhlas, dia balas mesra. Yang pandang sinis semacam, dia buat derk. Rafeeqa memang tak hairan kalau ke mana dia pergi mesti menjadi perhatian. Yang beri pandangan sinis tu sebab pakaian dialah kut. Skirt paras bawah lutut yang terbelah di paha dengan platform lima inci. Dipadankan pula dengan blaus berwarna merah bercorak polka dot.

Diva okey!

“Boleh saya berjumpa dengan Encik Shahrizal?” tanya Rafeeqa mesra. Kalau ikut alamat yang papa bagi pagi tadi, inilah pejabat Shahrizal.

“Ada buat appointment dengan Encik Shahrizal tak?”

Rafeeqa geleng kepala. Kes dia sekarang ni adalah kes main terjah pejabat suami. Rafeeqa sengaja tak beritahu tentang kedatangannya ke sini, saja nak bagi kejutan. Maklumlah, surprise homecoming khas untuk Shahrizal yang dah semakin menjauh daripadanya.

“Tunggu kejap, saya tanya setiausaha Encik Shahrizal dulu. Nama cik siapa?”

“Rafeeqa. Rafeeqa Huda.”

Sementara menunggu Nurul berlalu entah ke mana, Rafeeqa memerhati sekeliling. Pejabat guaman Shahrizal boleh tahan besar. Berada di tingkat 15 Menara Satria. Walaupun ringkas sahaja, tapi cukup menarik. Gaya moden dan ringkas dengan dinding yang diwarnakan putih dan hitam macam tahi cicak tapi itulah cita rasa Shahrizal.

Bila namanya dipanggil, Rafeeqa berpaling.

“Ikut sini, Cik Rafeeqa.”

Gadis yang memakai tag nama Azura mendekat dan mempelawanya. Mungkin ini adalah setiausaha Shahrizal. Rafeeqa membuat andaian sendiri dalam hati.

Rafeeqa mengikut langkah Azura ke bahagian paling hujung pejabat. Bila tubuh terpacak tegak di depan pintu, matanya tertancap pada nama yang tertera.

SHAHRIZAL HAYRAT BIN SHAHRIMAN HAYRAT

Panjang berjela nama encik suami. Degupan jantung Rafeeqa tiba-tiba berubah tempo. Rasa macam tak bersedia untuk berjumpa Shahrizal tapi rasa rindu dah sampai tahap kronik. Apa agaknya respons suami bila tengok muka dia yang teruja ni?

A. Gembira

B. Marah

C. Mono

Belum sempat Azura mengangkat tangan untuk mengetuk, daun pintu dikuak dari dalam. Saat itulah mata Rafeeqa dan Shahrizal bertaupan tanpa kedip. Lama. “Shah.” Rafeeqa senyum.

“Rafeeqa.”

Rafeeqa teruja tahap nak lompat bintang. Shahrizal yang dia rindu terpacak di depan mata.

Baru Rafeeqa mahu mendekat untuk memeluk, Shahrizal sudah berlalu masuk semula. Riak wajah Shahrizal yang terkejut dikawal sebaik mungkin. Tak nak Rafeeqa tahu yang dia teruja dalam diam walaupun hati tawar semacam.

“Come in,” Shahrizal mempelawa.

Got your answer, darling? It’s either B or C.

Rafeeqa terasa hati tapi ditepisnya jauh-jauh. Bila Azura sudah meminta diri, pintu bilik ditutup rapat. Rafeeqa mengambil tempat di sofa, Shahrizal pula mengambil tempat di hadapannya.

“Ingatkan dah tak nak balik ke sini lagi.” Suara Shahrizal mono.

Rafeeqa telan liur. Baru aje duduk dah kena ‘hentam’ cara halus.

Aura singa Shahrizal dirasai di seluruh ruang pejabat. Jangan terkam di sini sudah. Dia belum bersedia lagi untuk kena hentam hidup-hidup dengan ayatayat ‘kejam’ Shahrizal yang dia tak sedia nak dengar. Mendengar nama manjanya ‘Fika’ yang sudah ditukar jadi nama penuh pun sudah cukup buat dia terasa hati.

“How was your Bali trip?” Sengaja Rafeeqa mengubah topik. Sendiri kena fahamlah, suami sedang dalam sarcastic mode.

Bukan dia tak tahu, Shahrizal sengaja melencong jauh dari luar liputan bila dia kembali ke tanah air. Tiba di KLIA beberapa hari yang lalu, hati hampa bila bukan Shahrizal yang menyambut kepulangannya. Kata Papa, Shahrizal pergi ke Bali untuk merehatkan otak setelah habis perbicaraan kes berat di mahkamah.

Logik ke pergi Bali sorang-sorang hanya semata-mata untuk berehat tanpa menunggu dan mengajak isteri untuk turut serta? Yang dia faham, Shahrizal tak ubah macam nak mengelakkan diri daripadanya.

“Bukan awak nak sambung Masters kat sana terus ke?”

Chewah! Menghalau nampak. Rafeeqa telan liur, kelat. Sekarang dah ketara sangat kepulangannya tidak membuatkan Shahrizal teruja.

“I’m back for good, Shah,” jawab Rafeeqa tenang.

Nak sambung Masters bla bla bla… itu plan dulu kala. Sekarang semuanya sudah berubah 360 darjah.

Shahrizal mengukir senyuman sinis. Badannya disandarkan pada belakang sofa. Mata masih setia menatap wajah isteri. Rafeeqa masih sama seperti kali terakhir mereka berdua berjumpa tahun lepas. Tak ada banyak beza. Hati berbeza tak? Itu kena tanya empunya badan sendiri.

“Awak balik dari Bali tak bagitau saya pun. I was waiting for your call,” ujar Rafeeqa berterus terang.

Ye la, harus terasa hati bila Daddy memaklumkan yang Shahrizal sudah balik dua hari yang lalu. Telefon dia tak, cari pun tak. Mama dan Papa di rumah pun dah bising. Terpaksa dia cover kata Shahrizal masih tak ada masa untuk menjemputnya pulang ke rumah mereka berdua.

Shahrizal tarik nafas dalam dan mengatur duduknya. Malas nak cakap berbelit-belit, rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Matanya berlawan pandang dengan mata isteri.

“Rafeeqa, listen. Let me make this clear.”

Oh, okey! Rafeeqa dah tak senang duduk.

Bersedia mendengar ayat seterusnya daripada bibir Shahrizal.

“About what you asked me last time, is it about time for me to satisfy you?”

Berkerut dahi Rafeeqa. Blur. Lagipun Shahrizal ni cakap separuh-separuh, mana nak faham. Dia terdiam beberapa saat sebelum otak ligat berpusing mengingati setiap permintaannya pada suami.

Shah, saya tetap nak study di Sunderland dengan Damia. – Dah tertunai.

Shah, jangan lupa tapau kaya. Kat sini mahal. – Shahrizal sentiasa tunaikan setiap kali datang melawatnya di Sunderland.

A trip to Italy, please. – Dah tertunai.

Shah, pergi Korea jom. – Dah tertunai.

Shah, buat swimming pool kat compound rumah. – Tak pasti sebab tak pergi ke rumah mereka berdua lagi sejak balik ke sini.

Hmm… Maybe it’s a swimming pool. Rafeeqa meneka sendiri. Rasanya itulah permintaannya yang belum tertunai.

Tatkala mahu mengukir senyuman, sebaris ayatnya pada Shahrizal beberapa tahun lalu tiba-tiba muncul dalam benak fikiran.

‘Fine, dah bosan sangat, then let me go.’>

Could it be that? Rafeeqa menatap wajah suami yang selamba.Oh, my!

“Shah.”

“Rafeeqa, our marriage is getting worse and…” “Shah, awak jangan ambik hati boleh tak? Saya tak….”

Tok! Tok!

Ayat kedua-duanya terputus separuh jalan bila pintu diketuk dan dikuak dari luar.

“Shah.”

Kedua-duanya berpaling. Mata Rafeeqa jatuh pada susuk tubuh perempuan yang berdiri di depan pintu dengan senyuman lebar sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Shahrizal.

Siapa ni, Shah?

Dia nak apa?

Tak sempat Rafeeqa bertanya bila lengannya ditarik Shahrizal lembut sebelum berbisik ke telinga isteri.

“I’ll see you later. Tunggu kat rumah Mama. Saya ada hal.”

Lidah Rafeeqa kelu. Lebih-lebih lagi bila perempuan yang berbaju kurung berwarna hijau muda itu dengan selambanya melabuhkan punggung di atas kerusi Shahrizal di depan meja. Okey.

Firstly, she’s not your staff for sure.

Secondly, who on earth is she?

LAMA Shahrizal duduk termenung. Seorang diri di dalam pejabat sambil menghadap tingkap kaca di depan mata. Jam sudah menginjak ke pukul 6.00 petang tapi dia masih bertapa di sini. Tadi Azwan mengajaknya bermain tenis macam biasa. Tapi dalam mood yang tengah on off ni, dia malas nak melayan sukan kegemarannya itu.

Fikirannya kini sedang berserabut dengan nama isteri, Rafeeqa Huda. Setahun tidak bertemu, Rafeeqa masih tampak sama. Cuma gaya rambut saja yang sudah berubah menjadi pendek. Tipulah kalau dia kata yang dia tak rindukan isteri. Melihat Rafeeqa di depan mata, dia rasa macam nak terkam dan peluk depan-depan. Tapi ego melebihi segalanya. Niat di hati tak diambil kira.

Dia sendiri pun tak sangka Rafeeqa mencarinya hingga ke pejabat. Kiranya permulaan drama juga bila Husna tiba-tiba muncul antara mereka berdua.

‘Jadi, itulah Rafeeqa.’

‘Ya. Just came back few days ago.’

‘Shah tak bagitau Husna pun yang dia nak balik.’

‘Tak penting untuk Husna pun.’

‘Nanti jangan tak bagitau Rafeeqa pulak. Janji tetap janji.’

Perbualannya dengan Husna masih terngiang-ngiang di telinga. Senang berjanji pada Husna, tapi payah nak berterus terang dengan Rafeeqa. Itulah masalah utamanya sekarang ini.

Shahrizal bangun dan mencapai briefcase di atas meja. Nasihat Azwan amatlah tak diperlukan saat ini. Bercakap dalam telefon tadi saja pun rasa macam nak hempuk kepala teman baiknya itu.

‘Awal-awal lagi aku dah cakap. Jangan main kayu tiga, kau tak nak dengar.’

‘Ini bukan kayu tigalah, Wan.’

‘Habis tu, kayu chopstick?’

Kalau setakat nak provoke pergaduhan antara mereka, lebih baik dia mengalah. Bukan dia tak tahu yang Azwan sentiasa menangkan Rafeeqa. Semua salah Rafeeqa, Azwan buat-buat tak tahu. Macam tu ke kawan baik?

Masuk saja ke dalam lif, sempat Shahrizal menelefon Rafeeqa untuk memaklumkan tentang kedatangannya ke rumah mertua.

Nanti nak kena singgah sekejap di Secret Recipe, Rafeeqa pesan minta belikan chicken curry puff.Demanding pula Rafeeqa. Beli saja karipap yang dijual di pasar malam, tak boleh ke?

 

RAFEEQA duduk bertinggung di tepi kolam ikan Mama. Bibir mengukir senyuman. Ngeee… Shahrizal kata nak datang. Dia dah sediakan bagasi besarnya yang masih belum dibuka sejak hari pertama balik tempoh hari. Rindu rasanya nak bertapa di rumah mereka berdua.

“Pak Atan, tak balik lagi ke? Dah lewat dah ni,” tanya Rafeeqa ramah pada tukang kebun yang sedang sibuk mengalihkan pasu bunga Mama. Kasihan juga dia melihat Pak Atan. Dah tua-tua pun masih bekerja.

“Kejap lagi, Fika. Lagipun, Badrul tak datang lagi.”

Badrul, anak lelaki Pak Atan yang baru tamat belajar kini bekerja di syarikat Papa. Keluarganya dan keluarga Pak Atan sangat rapat, bagaikan tiada jurang antara majikan dengan pekerja.

“Sejak bila Mama suka ikan emas, Pak Atan?” Mata Rafeeqa beralih pada kolam ikan Mama.

Ada lebih kurang sepuluh ikan emas di dalam kolam. Semuanya besar-besar belaka. Setahu Rafeeqa, Mama tak minat ikan. Susah nak jaga, kata Mama. Nak bersihkan pun satu hal. Akuarium yang diletakkan Papa di sudut ruang rehat dulu pun Mama tak setuju. Berbaulah. Semaklah. Alah, kalau rajin menjaga, cantiklah akuarium tu.

“Baru-baru aje, Fika. Dah tak minat bunga, sekarang minat ikan pulak.”

“Lepas ni minat apa entah.”

Pak Atan tergelak. Puan Zakiah memang begitu. Minatnya banyak dan sentiasa berubah-ubah.

Panjang leher Rafeeqa bila ada kereta memasuki garaj. Sedikit terkejut bila dilihatnya Shahrizal yang keluar. Sangkanya, anak Pak Atan. Bukan dulu kereta Shahrizal lain ke?

“Sejak bila tukar kereta?” tanya Rafeeqa bila Shahrizal sudah mendekat. Sempat suaminya itu bersalam dengan Pak Atan.

Nak minta kena cium di pipi macam biasa, malu pula. Kut Shahrizal buat tak layan, confirm dia rendam muka di dalam kolam ikan Mama.

“Not long ago.”

“Then what happened to your Camel?” Nama timangan Camry Shahrizal itu Rafeeqa yang bagi.

Kepalanya masih lagi terteleng-teleng melihat kereta Shahrizal, cuba mengenal pasti jenama kereta tersebut. Bahagian hadapan kereta tak nampak sangat, terlindung di sebalik tiang besar rumah.

Soalan Rafeeqa tak berjawab. Huluran plastik Secret Recipe daripada suami disambut. Dah lama tak merasa chicken curry puff kegemaran. Sementara masih belum bekerja ini nanti nak minta Mama ajar buat karipap.

“Lepas ni tukar Lambo pulak.” Rafeeqa tayang senyuman.

“Ingat cari duit macam petik daun dari pokok ke?”

Senyuman Rafeeqa mati. Spontan mulut comelnya mencebik. Sejak bila tak pandai makan lawak, Shah?

“Malam ni balik dengan saya tak?”

Rafeeqa mengangguk. Karipap dikunyah perlahan. Tiba-tiba dia berasa malu pula bila mata Shahrizal menjamah wajahnya. Dah lama tak berjumpa dan ditambah pula dengan layanan Shahrizal yang sudah 360 darjah berbeza, rasa kekok mula wujud antara mereka berdua.

“Kalau gitu, malam sikit baru saya datang ambik awak. Saya ada hal kejap,” sambung Shahrizal.

Jam di tangan dikerling Shahrizal. Sudah hampir pukul 7.00 petang. Malam ni dia dah berjanji nak keluar makan malam dengan Husna. Nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri di rumah mereka berdua nanti, risau pulak.

“Dinner sini tak?”

“Tak.”

Wajah Rafeeqa sedikit berubah. Karipap yang tadi sedap rasa berpasir di anak tekak. Aura Shahrizal sekarang bukan lagi aura yang dulu, yang manja dan penyayang. Shahrizal di hadapannya ini sudah betul-betul berubah. Kalau dulu main sedap saja peluk tubuh tegap Shahrizal, tapi sekarang tak lagi.

As the time goes by, people change, dear Rafeeqa.

Shahrizal melabuh duduk. Mata masih menatap wajah Rafeeqa. Hujung bibir Rafeeqa yang comot dibersihkan dengan ibu jarinya.

Nak bagitau ke tak?

Lagi awal, lagi bagus.

“There’s something I need to tell you, Rafeeqa.” Shahrizal berlagak tenang walau dalam hati dah berkocak hebat.

Rafeeqa mengangkat muka, memandang wajah suami. Dalam hati dah dapat mengagak, ni mesti pasal ayat keramat Shahrizal pagi tadi.

‘It is about time for me to satisfy you’.

“Apa dia?”

Shahrizal tarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Rafeeqa terima ke tak, belakang kira. Mengaku depan-depan adalah lebih baik daripada sembunyi belakang-belakang seperti yang dia lakukan sepanjang setahun kebelakangan ini. Lagipun, Rafeeqa macam dapat mengagak.

“Your instinct was right. There is someone else besides you.”

Oh, my!

Karipap yang masih tinggal separuh terjatuh dari tangan Rafeeqa. Membulat matanya berlawan dengan panahan mata Shahrizal. Rasa macam nak terjun ke dalam laut. Rasa macam nak lari ke gunung tinggi.

Is this a prank?

Hakikatnya, inilah realiti dan membuatkan hati Rafeeqa terhiris dengan kata-kata Shahrizal. Segala tekaannya benar belaka.

Kenapa Shahrizal tak pernah lagi menjenguknya di Sunderland sejak tahun lepas?

Kenapa Shahrizal buat tak layan setiap kali dia menelefon?

There is someone between us.

Rafeeqa bangun, mahu berlalu masuk. Kalau boleh, dia tak nak Shahrizal menyambung kata. Pedih! Otak sudah mula mencerna senario terburuk.

Adakah dia akan ditinggalkan?

Adakah dia akan dimadukan?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79418/jangan-benci-cintaku

 

[SNEAK PEEK] KERANA LAMARAN ITU

9789670707334-medium
EBUKU KERANA LAMARAN ITU Oleh Xuanza

“MAI…nanti kita dah besar kita kahwin nak?” tanya dia.

Aku tekun menghadap bihun goreng dalam mangkuk. Tak peduli dengan apa yang dia cakap. Hmmm… sedapnya bihun ni. Macam ibu buat. Aku suap lagi bihun goreng ke dalam mulut.

“Mai… dengar tak apa kita cakap tadi?” tanya dia lagi.

“Hah?! Awak cakap dengan kita ke?”

Mata aku masih melekat tengok bihun goreng di dalam mangkuk warna hijau tu. Sedapnya, ada telur goreng. Nyum… nyum… Aku cucuk pula telur dan ngap.

“Nanti kita besar, kita kahwin nak tak?”

Dia ulang balik soalan yang sama. Aku berpandangan dengan dia. Dia senyum sampai nampak lesung pipit. Comel!

“Nak! Nak! Nanti bila dah besar kita kahwin.”

Cepat-cepat aku angguk dan menghadap balik bihun goreng di dalam mangkuk. Sibuk kira udang pula.

“Janji tau. Nanti dah besar kahwin dengan kita.”

Aku tengok muka dia. Lepas tu, aku angguk laju-laju.

“Kita janji. Nanti bila kita dah besar kita kahwin.”

Dia tunjuk jari kelengkeng dia. Aku pun kaitkan jari kelengkeng aku dengan dia. Senyum. Lepas tu, masingmasing menghadap bihun goreng yang cikgu bagi tadi. Tiba-tiba aku terfikir nak tanya sesuatu kat dia.

“Awak… kahwin tu apa?” tanya aku sambil garu-garu kepala.

“Entah, kita pun tak tahu,” jawab dia sambil jongket bahu.

Lepas tu, terus dia suap bihun goreng ke dalam mulut. Aku tengok dia mengunyah. Aku pandang balik kat mangkuk aku. Dah licin! Aku mula sedih.

“Awak…” Aku leretkan suara sambil tarik hujung baju dia. Dia kalih tengok aku.

“Ya… kenapa?” tanya dia.

“Bihun kita dah habis. Nak kongsi dengan awak boleh tak?” tanya aku dengan muka simpati.

Dia intai mangkuk aku yang dah licin. Lepas tu dia tengok mangkuk dia.

“Okey… kita kongsi.”

Dia pindahkan sikit bihun goreng ke dalam mangkuk aku. Sekarang dah jadi sama rata bihun goreng kita orang. Aku apa lagi, terus makan tak toleh kiri kanan. Kalau ibu lalu pun mesti aku takkan nampak punya.

“Awak… kalau awak tak tahu kahwin tu apa, macam mana kita nak kahwin bila besar nanti?” tanya aku lepas habis kunyah bihun goreng.

“Nanti bila kita dah besar kita bagi tahu awak. Okey?”

Aku diam kejap.

“Janji tau. Nanti bila dah besar, awak bagi tahu kita,” kata aku.

Dia senyum lepas tu angguk.

“Mai… awak suka kita tak?” tanya dia bila nampak aku senyum.

Aku angguk laju-laju. “Suka! Suka! Kita suka dengan awak.”

Teruja aku jawab. Dia baik sangat dengan aku. Mestilah aku suka dia.

“Kita pun suka awak juga.” Dia senyum. Aku balas senyuman dia sambil capai air sirap.

Ermmm… sedapnya!

“Mai… jom kita main buaian nak? Mai dah habis makan kan?” ajak dia.

“Nak! Nak! Mai dah habis makan dah.”

Dia senyum dan terus tarik tangan aku ke arah buaian yang tersedia kat dalam tadika ni. Kawan-kawan aku yang lain pun dah ada yang main bila habis makan bihun goreng tadi. Cikgu Ijah cakap, kalau dah habis makan baru boleh main. Sebab tu masing-masing laju habiskan bihun goreng.

“Mai duduk. Nanti kita tolak,” arah dia.

“Alah… awak mainlah sama dengan kita.”

“Tak apalah. Kita tolak awak. Kita kan Superman awak.” Dia buat aksi ala-ala Superman.

“Okey. Awak jangan tolak laju-laju tau. Kita takutlah.”

“Kita janji. Kita tak tolak laju-laju.”

“Janji tau.” Aku angkat jari kelengkeng.

Dia pun kaitkan jari kelengkeng dia dengan aku. Masing-masing senyum. Aku naik buaian, dia tolak perlahan-lahan.

“Kenapa awak suka kawan dengan kita?” tanya aku.

“Sebab awak baik, lepas tu awak sayang kita.” Dia tolak badan aku ke depan.

“Jadi, awak sayang kita tak?”

“Mestilah sayang. Kalau tak, kita tak ajak awak main dengan kita.”

“Ooo… Habis tu awak nak sayang kita sampai bila?”

“Sampai bila-bilalah.” Bila dengar dia cakap macam tu, aku terus pakai brek kaki tahan buaian daripada berayun. Dia pusing menghadap muka aku.

“Kenapa awak berhenti?” tanya dia.

“Betul ke awak nak sayang kita sampai bila-bila?”

“Betul! Takkan kita nak tipu awak? Tipu dosa,” jawab dia sungguh-sungguh. Aku senyum.

Lepas tu, dia terus cium pipi aku. Aku pun senyum dan cium pipi dia balik. Dia sambung balik tolak buaian. Aku pun main dengan seronoknya lepas tu.

“You are my sunshine

My only sunshine

You make me happy when skies are grey

You’ll never know dear how much I love you

Please don’t take my sunshine away…”

“Mai… Mai. Bila main buaian mesti menyanyi. Bila menyanyi mesti main buaian. Tak bosan ke?”

Terus aku pakai brek kaki tahan buaian bila dengar suara sumbang dia cakap macam tu. Aku jeling dia. Sibuk betullah dia ni. Suka hati aku la kalau aku nak nyanyi sampai pecah suara sekalipun. Apa dia kisah?

“Pergilah main sana. Sibuk kacau orang buat apa? Potong betul. Huh!”

Aku jeling kasi tajam lagi. Saja nak tunjuk bengang kat dia.

“Ala… janganlah macam ni. Orang mintak maaf.”

Dia dah tayang muka tak cukup sepuluh sen kat aku. Bajet macam aku nak simpatilah. Huh… tepi sikit!

“Menyampah! Sibuk sangat ke main layang-layang dengan Fakhrul sampai orang panggil pun tak dengar?”

Aku mula tolak balik buaian pakai kaki. Malas nak layan dia.

Tiba-tiba dia pegang tali buaian dan berdiri di depan aku. Terus terhenti buaian. Nasib baik aku tak tersungkur ke depan. Aku angkat kepala sambil tayang muka tak puas hati. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba aje dia berhentikan buaian aku. Eee… geramnya!

“Mai… janganlah macam ni. Ustaz cakap tak baik kalau kita tak maafkan orang sedangkan orang tu dah ikhlas nak mintak maaf.”

Aku garu kepala. Ini yang aku lemah kalau dah masuk bab tazkirah.

“Habis kalau dia buat orang tu tak apa?”

Aku alihkan muka dari pandang dia.

“Orang tak sengaja. Lain kali kita main sama-sama okey?” pujuk dia.

Sikit lagi aku nak senyum bila dia cuba jenguk muka aku. Aku terus kalih kepala ke kiri. Dia pun bergerak ke kiri juga. Aku kalih ke kanan. Dia pun ikut sama juga. Tak tahu bosan betul dia ni.

“Eee… tepilah! Sibuk aje.” Aku tolak pakai kaki untuk ayun buaian. Lama-lama dia pun mengalah bila aku masih buat perangai.

“Laju… laju… Buaiku laju…

Pohon beringin tegaknya tinggi kalau

rendah menyapu bumi penghibur aku menolong aku

bertiuplah oh angin bayu

laju laju buaiku laju

akulah anak ayah dan ibu…”

“Hahahaha…”

Aku hentikan buaian bila dengar orang gelak macam tak cukup tanah. Aku tengok dia dah tekan perut sambil tunduk. Aku buat muka bila dia masih tak berhenti gelak.

“Apa ni? Gelak macam orang gila.”

“Lawaklah Mai. Nyanyi lagu buai laju-laju macam orang dulu-dulu,” jawab dia. Masih dengan sisa tawa.

“Biarlah! Suka hati orang la nak nyanyi lagu Lajulaju Buaiku Laju. Mana tahu bila orang nyanyi lagu ni boleh kahwin dengan anak raja nanti,” jawab aku.

“Hai… berminat juga ke? Orang ingat Mai otai. Tahu panjat pokok aje.” Dia senyum sikit sambil peluk tubuh.

“Eee! Bencilah cakap dengan dia ni,” jawab aku sambil hentak-hentak kaki. Dia gelak tengok aku buat gaya macam orang sakai tersesat. Terlepas tocang aku yang Tok Pah ikatkan tadi.

“Janganlah benci. Tak baik. Nanti esok Mai rindu orang macam mana?” tanya dia dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Aku jelir lidah. “Jangan mimpi la!”

Dia senyum lagi tengok aku.

“Tadi Mai kata nak kahwin dengan anak raja kan?” tanya dia tiba-tiba.

Aku sengih bila dia cakap macam tu. Cepat aku angguk laju-laju.

“Orang kan ada. Nanti kita kahwin ya,” kata dia selamba. Aku terkebil-kebil pandang dia.

Kahwin?

“Kak Amal… Abang… Tok Pah panggil balik!” panggil Iman.

Entah bila pula budak kecik ni datang. Sibuk aje panggil orang balik. Dari jauh aku nampak terkedek-kedek dia berlari-lari ke arah aku.

“Jomlah Kak Amal, kita balik. Nanti Tok Pah marah. Abang pun sama. Tok Pah cakap, kalau Abang dengan Kak Amal tak balik sekarang, nanti Tok Pah ikat kat pokok rambutan,” kata Iman sungguh-sungguh.

Bila dengar pesanan Tok Pah, aku terus pecut lari balik ke rumah dulu. Iman aku dah tinggalkan kat belakang. Agrhhh… pandai datang, pandailah dia balik. Elok aku sampai kat depan rumah, entah macam mana aku boleh Kerana Lamaran Itu 9 jatuh tersembam.

“Ya Allah! Amal!”

Kelam-kabut Tok Pah turun tangga rumah dan berkejar ke arah aku. Aku cuba tahan air mata daripada mengalir. Lutut, tangan dengan mulut mula rasa sakit. Perlahan-lahan Tok Pah tarik aku bangun.

“Arghhh… sakit!”

“Itulah, lari lagi. Kan dah jatuh,” marah Tok Pah. Mulalah air mata rasa betul-betul nak terkeluar, tapi aku masih tayang muka kental. Konon nak tunjuk power punya pasal.

“Eee… Kak Amal. Gigi Kak Amal patah!”

Tiba-tiba suara si budak kecil Iman datang menyampuk. Tergamam kejap. Aku pandang muka Iman dengan ‘dia’ yang dah terkaku tengok aku. Aku terus pegang mulut. Patutlah rasa macam masin sikit.

“Hesy… Iman ni. Kenapa cakap gigi kakak patah?” tanya Tok Pah.

“Apalah Tok Pah ni. Tu gigi Kak Amal,” tunjuk Iman. Aku pun ikut pandang ke arah tempat yang Iman tunjukkan.

Gigi?! Patah! Tsk… tsk… huarghhh…

Terus aku teriak bagai nak terkeluar anak tekak kat situ. Aku menangis sekuat-kuat hati. Biarlah kalau satu kampung nak dengar sekalipun. Aku memang dah tak peduli.

“Sudah, sudah. Semua masuk dalam,” arah Tok Pah sambil pimpin tangan aku.

“SAKIT lagi tak gigi Mai?” tanya dia.

Aku hanya mampu angguk kepala dengan sisa air mata masih berjurai kat pipi. Mulut masih kena sumbat dengan kapas.

“Dahlah jangan nangis. Orang kan ada,” kata dia sambil kesat air mata aku.

“Alah… patah gigi aje. Nanti tumbuhlah balik gigi tu. Kan Amal juga yang cakap dengan mak, gigi tu memang dah goyang,” kata mak. Lembut.

Aku baring di atas riba mak bila mak dah bersila duduk sebelah aku. Dia belai rambut aku sambil sekali sekala tangan dia kesat air mata aku.

“Buas sangat Amal ni, Midah. Biar dia rasakan,” sampuk Tok Pah sambil bawa kapas baru kat tangan. Sampai hati Tok Pah cakap macam tu. Sob… sob…

“Biasalah tu, Mak Pah. Budak-budak,” jawab mak dengan senyuman cap penyejuk hati.

“Mari Tok Pah tengok ada darah lagi ke tak?”

Aku bangun dan menghadap Tok Pah sambil buka mulut. Tok Pah keluarkan kapas dari mulut aku.

“Hurmmm… dah tak banyak darah pun. Tak payahlah pakai kapas lagi. Biar darah tu berhenti sendiri nanti,” kata Tok Pah sambil bawa kapas yang ada sisa darah ke dapur. Aku reda aje sambil angguk kepala bila Tok Pah cakap macam tu.

“Abang pergi mana tadi?” Mak tanya dia bila aku dah berbaring balik di atas riba mak.

“Abang pergi main layang-layang dengan Fakhrul. Lepas tu, bila abang cari Mai, abang jumpa Mai dekat tempat buaian tu. Lepas tu, abang mainlah dengan Mai.” Kerana Lamaran Itu 11

“Habis tu, macam mana Amal boleh jatuh? Abang tak jaga dia ke tadi?” tanya mak lagi. “Abang pun tak tahu. Tadi Mai lari balik dulu. Tinggalkan abang dengan Iman. Abang pimpinlah Iman balik. Lepas tu bila abang sampai, Mai dah jatuh,” terang dia satu-persatu. Aku hanya pasang telinga.

“Lain kali main tu hati-hati. Amal pun janganlah lari. Tengok, bila dah jatuh siapa yang sakit,” kata mak. Aku hanya diam.

“Ibu tahu ke tidak ni, Amal?” Aku geleng kepala.

“Belum tahu lagi. Ibu keluar dengan ayah pergi pekan,” jawab aku. Mak hanya angguk. “Iman mana?” tanya aku bila tak nampak kelibat Iman.

“Iman ada kat bawah tu. Main masak-masak dengan Dhira,” jawab mak.

“Amal… abang, mari sini. Tok Pah nak bagi hadiah untuk kamu berdua,” panggil Tok Pah.

Aku bangun dari atas riba mak dan bergerak ke arah Tok Pah yang dah duduk bersila kat depan aku. Macam ada sesuatu yang Tok Pah pegang kat tangan dia.

“Ni untuk abang, dan yang ini untuk Amal. Tok Pah buat ni sebab kamu berdua ni lasak sangat. Nanti boleh guna bawa pergi sekolah. Tak adalah bila balik rumah aje comot cucu-cucu Tok Pah ni,” kata Tok Pah sambil hulurkan sapu tangan warna putih.

Satu untuk aku, dan satu untuk dia. Sapu tangan dia ada gambar lebah tengah terbang dan sapu tangan aku pula ada gambar bunga matahari. Kat hujung sapu tangan tu ada singkatan nama masing-masing.

“Terima kasih, Tok Pah. Cantik sapu tangan ni. Abang suka,” kata dia dengan senyuman lebar. Dia memang pandai ambil hati Tok Pah. Sebab tu kadangkadang aku rasa Tok Pah sayang dia lebih daripada aku.

“Sama-sama. Tok Pah buat ni betul-betul sepasang. Kamu satu, Amal satu. Jadi, Tok Pah nak kamu jaga elok-elok. Tok Pah dah siap jahit nama sekali. Senang nak kenal nanti.”

Tok Pah senyum lepas dia cakap macam tu. Aku pun senyum sambil belek sapu tangan aku. Tertera sulaman huruf N.A.H kat hujung sapu tangan dengan bunga matahari. Cantik!

“Terima kasih,” kata aku sambil peluk Tok Pah erat.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba aku rasa ada tangan yang peluk Tok Pah juga. Bila kalih, aku tengok dia ada kat sebelah. Tangan dia ada atas tangan aku.

Aku senyum. Rasa bahagia sangat bila dikelilingi dengan orang-orang yang aku sayang.

****

NUR AMAL HUMAIRA!!!Nak pergi kerja ke tak nak?”

Satu suara lemak merdu lagi manis berkrim berkumandang kat gegendang telinga aku pada suatu pagi yang cukup indah ini. Terus terbuntang biji mata. Kelamkabut aku bangun dari katil.

“Ya ibu… haaa… nak… pergi kerja la ni. Ngantuk kuat la, ibu.” Aku duduk di atas katil sambil betulkan rambut.

“Dari kecik sampai besar gajah ni, tak habis-habis dengan ngantuk kuat dia. Dah, bangun! Jangan nak mengada-ada. Karang lambat nak pergi kerja,” arah ibu sebelum keluar dari bilik aku.

Hesy… ini yang aku malas. Apa pasal la hari ni hari Isnin. Hurm… tak apa. Lagi dua minit aku bangun.

Aku duduk tersengguk-sengguk di atas katil sambil pejam mata. Malas rasanya nak pergi mandi. Tiba-tiba…

“Ya Allah… Amal!!!”

Bergegar satu rumah dibuatnya. Aku yang tengah syok tersengguk-sengguk pejam mata konon nak layan mengantuk, terus jatuh katil.

Adoiii… sakit punggung aku. Nasib baik ada karpet kat bawah.

“Budak ni nak pergi kerja ke tak nak?!”

“Nak la, ibu… sakit punggung ni ha…” Aku gosok punggung. Sumpah sakit!

“Padan muka! Liat sangat nak bangun. Gerak sekali tak nak bangun, nak kena gerak banyak kali baru nak bangun. Ingat ibu tak ada kerja lain? Tu haaa… kat dapur tu berlambak lagi kerja nak kena buat.”

Ibu dah mula tazkirah dia. Pagi-pagi buta aku dah kena bebel sebab liat bangun.

“Haaa… apa lagi duk tercegat kat situ? Bangunlah pergi mandi. Basuh muka tu banyak-banyak dengan air.”

Ayat yang sama ibu selalu cakap sejak aku tadika sampailah aku dah bekerja sekarang.

“Saya yang menurut perintah.”

Aku bangkit dengan malas dan terus masuk bilik air. Lagi lama aku kat situ, lagi panas telinga menadah baitbait ‘madah’ ibu. Memang boleh terkoyak telingalah kalau berani duduk kat situ lagi.

“GOOD morning, everyone!”

Iman tayang muka yang cukup manis sampai boleh dapat kencing manis. Lepas tu, dia tarik kerusi dan terus duduk di sebelah aku.

“Waalaikummussalam.”

Saja aku sindir dia. Ini semua dia punya pasal. Kalau dia tak ajak aku tengok TV sampai lewat malam, mesti aku tak liat bangun pagi. Kepala pun dah terasa ting tong sebab bangun terkejut.

Aku selamba kunyah sandwic. Tak tengok pun dia.

Ayah hanya senyum sambil selak surat khabar. Faham sangat dengan perangai tak cukup umur anak-anak dara dia dua orang ni.

“Seronoknya adik pagi-pagi ni. Ada apa-apa ke?” tanya ayah sambil angkat cawan kopi.

Ibu masih di dapur membantu bibik. Aku pandang Iman yang tengah senyum meleret.

“Tak ada apa-apa, ayah. Biasa aje. Kita bila bangun pagi kan ayah, mestilah mulakan hari pertama kita dengan penuh ceria dan gembira. Kena senyum selalu sebab senyum tu kan seindah suria bagaikan cahaya bersinarsinar. Barulah hari yang akan kita lalui lancar aje. Bukan macam orang tu, pagi-pagi dah buat muka macam cekodok penyek.”

Tiba-tiba aku rasa telinga berdesing.

“Hoi orang sebelah! Agak-agak mulut tu ada beli insurans tak?” tanya aku. Geram.

“Hai… terasa ke kak oiii? Ada ke Iman tujukan ayat tu kepada sesiapa secara khas? Rasanya tak ada… Kan ayah.”

Belum sempat aku nak buka mulut, ayah dah menyampuk.

“Hmmm… ayah rasa tak ada la, Iman. Telinga ayah masih dengar dengan jelas lagi ni.”

Uhuk… uhuk… Terus aku terbatuk dengar jawapan tulus lagi ikhlas daripada ayah tercinta. Iman sudah tersenyum-senyum sambil naik ibu jari tangan. Seronoklah tu bila ayah sokong dia.

“Ni apa bising-bising? Sampai ke dapur ibu dengar, Amal, Iman?” tanya ibu sambil tarik kerusi di sebelah ayah.

Aduh… ibu datang dengan lenggang lenggoknya. Ibu datang dengan mulut bisingnya. Hesy… apa yang aku mengarut ni?! Tak baik kutuk ibu sendiri. Sungguhpun ibu mulut bising tapi aku sayang ibu. Ibulah ratu hatiku. Dah boleh jadi model iklan susu ni.

“Tak…”

“Akak ni, ibu… adik tak kata apa-apa pun. Dia aje yang terasa lebih.”

Aku terus bagi jelingan maut kat dia. Pagi-pagi lagi dah uji kesabaran aku.

Ibu hanya geleng kepala tengok kita orang. Fuhhh… selamat ibu tak bising.

“Bibik, mari makan sekali. Tinggalkan dulu kerjanya. Lepas makan baru sambung balik,” panggil ibu.

Tak lama selepas tu, bibik muncul dan duduk di sebelah ibu. Bibik senyum kat aku. Aku balas senyuman dia. Tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata ibu. Aku mula rasa tak sedap hati. Hesy… lain macam aje ni.

“Ayah, ibu… Amal nak pergi kerja dulu ya.” Cepat-cepat aku sudahkan suapan yang terakhir dan minum sikit air Milo. Lepas tu, aku terus bangun.

“Awal lagi… kunyah pun tak habis. Tu, air Milo pun tak sampai separuh minum. Duduk dulu, ada benda ibu nak cakap.” Akhirnya terpaksa aku duduk semula bila mata helang ibu dah menikam mata aku.

Aduhai… bala ni. Ya Allah selamatkanlah hamba- Mu ini.

“Anak ibu yang sulung ni bila nak kahwin?’’

Aku dah agak mesti ibu nak cakap pasal hal ni. Walawei… talian hayat tak ada ke?

“Amal?”

“Ya ibu.”

“Ibu tanya ni.”

“Errr… errr…” Tergagap-gagap aku nak jawab. Mulalah tangan, kaki semua nak berpeluh.

“Hmmm… Amal tak ada kawan lelaki ke?”

Bang!

“Sampai bila tak nak kahwin?”

Bang! Bang!

Tembakan ibu tepat kena sasaran. Terus menusuk ke jantung hati.

“Tak teringin nak ada keluarga sendiri ke? Kawan-kawan Amal semua dah kahwin. Kalau ada yang tak kahwin pun sekurang-kurangnya dah bertunang. Amal ni bila lagi? Takkan nak hidup solo sampai ke tua? Ibu dengan ayah ni bukan nak menongkat langit. Sampai masanya nanti, kami akan tinggalkan dunia ni juga.”

Aku hanya mampu diam. Tak tahu nak cakap apa lagi bila ibu dah masuk bab jodoh. Bila tengok aku diam, ibu sambung lagi.

“Amal, sekurang-kurangya sebelum ibu dengan ayah tutup mata, ibu nak tengok anak-anak ibu kahwin. Sakit pening Amal ada orang nak ambil tahu. Iman ni ibu taklah risau sangat sebab dah confirm dia akan kahwin. Ibu dah tahu siapa yang nak jaga dia.”

Aku diam lagi. Bila soal jodoh ni dibangkitkan, hati aku mesti rasa pedih. Siapa yang tak teringin nak buat rumah ada tangga. Aku dah puas berdoa semoga aku akan bertemu dengan jodoh aku, tapi nak buat macam mana kalau putera idaman yang aku tunggu tu tak muncul lagi.

“Amal! Dengar tak ibu cakap ni?” Terkejut aku dengar suara ibu dah naik. Mesti ibu dah naik angin tengok aku termenung.

“Amal dengar.” Aku sengih.

“Jadi bila Amal nak kenalkan calon suami Amal kat ibu?” Aku mula garu kepala.

“Nanti Amal dah jumpa, Amal kenalkan kat ibu.” Aku sengih lagi. Ibu mula pandang aku semacam.

“Ke Amal masih menunggu seseorang?” tebak ibu.

Aku tersentak. Suasana tiba-tiba jadi senyap sunyi. Semua mata pandang ke arah aku. Cepat-cepat aku geleng.

“Eh… mana ada! Amal sedar siapa Amal.” Aku tunduk pandang jari yang tengah main dengan hujung alas meja.

“Um… eloklah tu. Kalau macam tu, senang-senang ibu carikan untuk Amal la. Tak gitu, bang.” Selamba aje ibu cakap sambil capai cawan.

Uhuk… uhuk…

“What?!”

Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Adik aku kat sebelah dah bantai gelak. Ayah pula yang dari tadi diam turut gelakkan aku. Hancus betul! Bukan nak tolong aku yang tersedak dan terdesak nak melepaskan diri daripada Kerana Lamaran Itu 19 idea ibu yang cukup bernas tu.

“Tak naklah, ibu. Biar Amal cari sendirilah. Ibu duduk rehat aje kat rumah dengan ayah. Soal jodoh biarlah masa yang menentukan. Ibu dengan ayah doakan ajelah yang terbaik untuk Amal,” kata aku untuk menutup topik yang makin lama makin buat aku panas punggung.

“Yalah. Itu ajelah modal Amal bila topik ni keluar. Dari dulu sampailah sekarang. Masa sambung degree kata muda lagi, relaks dulu. Tak puas nak enjoy. Bila habis degree sambung master, Amal kata sambil buat master Amal cari. Tapi sampai ke sudah seorang pun tak lekat-lekat lagi. Jangan Amal kata nak tunggu PhD pula sudah.”

Ibu dah mula suarakan perasaan tak puas hati. Mesti ibu dah jemu nak dengar alasan anak dia ni.

“Sudah-sudahlah tu, Ijan. Tak payah nak bising-bising. Tahulah Amal tu nanti. Kesian kat dia nak pergi kerja awak tahan. Karang lambat pula dia nak sampai hospital,” sampuk ayah.

Akhirnya, ada juga orang yang sudi tolong aku. Terima kasih tak terhingga kat ayah. Lepas ni bolehlah belanja ayah. Mana tahu esok-esok ayah boleh tolong aku lagi saat kecemasan macam ni.

Ibu terus diam. Aku pula cepat-cepat bangun kemudian capai beg tangan dengan air mineral yang tersedia kat atas meja.

“Amal pergi dulu, ayah, ibu.” Aku salam dan cium tangan ibu dengan ayah.

Adik aku hanya jadi pemerhati tak bergaji. Maklumlah budak cuti sekolah, dia pun cuti.

Bila nampak aku dah bangun nak tinggalkan ruang makan, ibu pun bangun juga dan menghantar aku sampai ke depan pintu.

“Hati-hati,” pesan ibu semasa aku sedang menyarung kasut.

Aku senyum dan angguk. Lepas tu, aku cium pipi ibu dan ibu pun balas. Itulah ibu aku. Walaupun kuat berleter tapi aku tahu dia sayang anak-anak dia. Sebab itulah aku pun sayang ibu sangat-sangat.

“Amal mungkin balik lambat hari ni. Ibu tak payah tunggu ya. Amal ada kunci. Amal pergi dulu. Assalamualaikum.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79144/kerana-lamaran-itu